* MODUL KHIDMAT RUNDINGAN *
KLINIK RAMADAN: JANA CAHAYA MUKMIN SUKSES
Kita
semua dijadikan oleh Allah Taala ada tujuan iaitu untuk beribadah
kepadaNya. Asal kejadian kita cukup
jelas direkodkan menerusi ayat-ayat cinta al-Quranul Karim. Berbekalkan manual agung itu, alangkah
sayangnya jika kita culas merealisasikan gaya hidup sunnah yang menyeluruh dan
lengkap. Jika kita yakin dan memahami
isi tersurat dan tersirat kalamullah, itu tandanya kita telah pun mengusai ilmu
asas sebagai pedoman Muslim.
Kewujudan teknologi dan perkembangan
dunia hari ini, bukan cabaran utama tetapi apa yang lebih utama ialah bagaimana
untuk kita menghadapi dan menguruskannya.
Semua yang berada di sekeliling kita adalah alat untuk kita bergelar MUKMIN
SUKSES bukan sahaja dunia tetapi sampai Jannah.
Ianya bukan sesuatu yang mudah tetapi bukan mustahil untuk diraih.
Program
ini adalah salah satu platform untuk berkongsi dan berinspirasi bagaimana
menjalankan tanggungjawab kepada diri sendiri.
Benar, setiap manusia itu ada keunikan yang tersendiri, namun memiliki
POTENSI DIRI jika diselami, bakal mencipta dan menambah nilai untuk memperkasa
diri dan ummah sejagat. Pengaruh inilah
yang perlu digilap dan disinari cahaya Islam untuk digunakan bagi memburu
kejayaan cemerlang dunia akhirat.
Penemuan inilah yang bakal dijana dan dinobatkan sebagai MUKMIN SUKSES
abadi.
DURASI PROGRAM
Atas undangan dan
persetujuan bersama bermula Rejab 1434H
(13 May 2013) sehingga Bulan Ramadan
1434H.
Program ini menjana 3 cahaya
sebagai transformasi penting dalam diri kita.
Ini termasuklah:-
TERAPI
1: CAHAYA TAUHID
Menyuburkan
keyakinan dan kepercayaan untuk merasakan hidup berTuhan sentiasa bersama dalam segenap dimensi. Pemikiran kita menentukan gaya hidup dan
impian kita. Memahami konsep rukun Iman dan Islam sebagai teras adalah penting
menerusi ibadah khusus dan ibadah umum.
Pemantapan ibadah kita akan mencipta ketenangan dan kebahagiaan dalam
apa jua bentuk cabaran hidup seharian.
TERAPI
2: CAHAYA SYARIAT
Mengaplikasi
tindakan dengan mengorbitkan unsur penting gaya hidup patuh syariat. Syariat cemerlang
menjadikan kerja sukses, bisnes berjaya, rumah tangga bahagia, anak-anak sihat,
pasukan berketrampilan dan hidup harmoni sentiasa. Perkukuhkan syariat kita bagi memacu kejayaan
dalam hidup sampai Jannah.
TERAPI
3: CAHAYA AKHLAK
Menjiwai
akhlak dengan menjadikan suri teladan sebagai karektor Islamik. Etika seperti amanah, jujur, menyampaikan dan
bijak adalah 4 sifat wajib untuk sukses.
Terapkan dalam gaya hidup untuk mengikis watak yang menyusahkan diri dan
keadaan sekeliling. Setiap satu perkara
adalah nikmat atau ujian. Justeru, etika ikon Rasulullah s.a.w. adalah solusi
bagi membuka ruang baru dalam diri untuk anugerah kejayaan.
METOD KHIDMAT RUNDINGAN CAHAYA RAMADAN
1)
Berkongsi ilmu dan pengalaman soal Akidah, Syariat
dan Akhlak.
2)
Beriltizam untuk mengubah paradigma iaitu cara
pemikiran Islamik.
3)
Transformasi gaya hidup lebih Islamik (komtemporari)
berbanding sebelum program.
In syaa Allah, selesai program nanti, pilihlah
untuk reset minda dan hati kita agar menjadi hamba Allah yang bertaqwa selaras
dengan kedatangan bulan barakah Ramadan Karem.
KAD
PENGHARGAAN
Tahniah
kerana sudi bekerjasama dengan pihak kami.
Pihak kami amat bersyukur serta berbesar hati dengan pihak cawangan Tuan/Puan
dalam menganjurkan program di tempat Tuan/Puan. Pihak Tuan/Puan boleh terus menghubungi talian
019 6942910 ataupun email cthasnor.04@gmail.com Terima kasih pengikat ukhwah atas kepercayaan
dan komitmen untuk menambah nilai bersama.