MINAT adalah PILIHAN
Sedang mencari bahan berkaitan isu politik Islam, fiqh zakat, doa, taubat dan sedang menyulam proposal agar menepati piawaian. Bukan mudah, namun dengan pertolonganMu ya Rabb akan membuatkan hati ini amat lapang dan tersangat mudah. Kurniakanku kekuatan itu dan ringankanlah segala urusanku.
Ketelitian dan ketepatan adalah visi mencipta ruang dan peluang dengan kesungguhan dan iltizam jitu. Moga ada sinar mutiara di sebalik ujian dan halangan bagi meraih kejayaan dan kekayaan!
Wednesday, 27 February 2013
AMAL SYOK SENDIRI
Pada suatu hari datang seorang pemuda Arab yang bergaya, berkulit cerah, kacak dan bersuara merdu. Beliau menemui bilal dan meminta supaya tugas berazan diberikan kepadanya. Dia mendakwa bahawa dia lebih layak kerana memiliki warna kulit yang cerah, paras muka yang menarik dan bersuara merdu. Jauh lebih baik dari Bilal yang kulitnya berwarna hitam, tidak mahu memberi kebenaran kepada orang Arab yang kacak ini. Katanya; "Aku dilantik Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tugas azan ini. Kalau tuan berhajat pergilah meminta kebenaran dari Rasulullah s.a.w."
Maka pemuda Arab itupun pergi menemui Rasulullah s.a.w. menerangkan hajatnya. Rasulullah pun memberi kebenaran kepadanya untuk berazan. Waktu itu sudah hampir masuk waktu Asar dan pemuda Arab berkulit putih itu tadi segera melaungkan azan. Suaranya memang merdu, bahkan masing-masing terpegun mendengarnya. Sebaik selesai solat Asar berjemaah, turun malaikat Jibrail menemui Rasulullah s.a.w. lalu bertanya kenapa tiada orang azan waktu Asar tadi. Maka Nabi s.a.w. pun menjelaskan yang azan itu dilakukan oleh seorang pemuda Arab yang baru meminta izin dariNya. Jibrail memberitahu dia dan para malaikat lain tidak mendengarnya.
Anekdot : Astaghfirullahal'azimmm...! Jom bisik pada diri, bagaimana nak pastikan kita tidak meniru amal syok sendiri yang memalukan ini.

![]() |
| GAYA IDEAL |
Salam Mahabbah,
Apa trend terkini kita? Adakah kerana fesyen semata-mata atau fesyen tepat lagi memikat? Memang sukar untuk menetapkan hati memilih pakaian terkini. Benar, segelintir pereka menjual produk di sebalik iklan pakaian muslimah. Apapun, kuasa pilihan tetap di tangan kita. Kerana Iman, pilihan Imanlah yang menyelamatkan kita dari menjadi mangsa fesyen.
Meskipun kita dilambakkan dengan pelbagai fesyen dan gaya kontemporari, selagi ianya tidak ketat, tidak jarang dan tidak melampau, maka selamat sejahteralah diri kita. Mutiara itu sangat mahal dan bernilai, begitulah dengan harga diri seorang wanita.
Berdoalah dan berusaha bersungguh-sungguh agar memelihara maruah diri. Keistimewaan dan keutamaan memelihara aurat adalah identiti ideal wanita solehah dan mukmin sejati. Islam menjadi indah dan mudah jika agama di hayati dan difahami dengan tepat.
Selamat menjaga aurat khusus buat diri yang hina dina ini!
Saturday, 16 February 2013
LOGO, ADA APA DENGAN ILMU
Alhamdulillah, syukur kerana penjenamaan telah berjaya dihasilkan oleh seorang pakar yang unik lagi kreatif. Bakat beliau telah dibuktikan dengan hasil yang begitu marvellous! Tahniah dan terima kasih ukhwah fillah kerana kesabaran beliau dengan kerenah saya. Saya amat hargai usaha dan komited beliau meskipun ianya baru diterokai. Benar, kesungguhan beliau tidak sia-sia. Kami sekeluarga mendoakan agar beliau sembuh dan mudah-mudahan penciptaan logo ini akan menjadi perintis untuk masa akan datang, in syaa Allah.
Hari ini rasa bertuah dan amat bersyukur. Mendapat suntikan semangat setelah membaca petua bisnes orang cina (bestseller author) dan sedikit tentang buat duit dari rumah. Kuasa minda sangat bermagnet jika kita yakin dengannya. Oleh itu, bina aura minda yang hasanah untuk mencapai impian itu. Moga saya mendapat manfaat dan berjaya melestarikan apa yang saya faham menerusi bacaan tersebut, amen.

Friday, 15 February 2013
Alhamdulillah, syukur kerana telah menyiapkan artikel istimewa buat majalah islamik no 1 Malaysia. Akur dengan sokongan hubby, hanya menanti nukilan positif agar tidak berasa syok sendiri. Ayuh! Usah bertangguh lagi.
Kisah berikutnya adalah menyiapkan nukilan qalbu istimewa buat menguji sejauh mana kefahaman dan pengalaman dijiwai sebelum ini. Masih tercari-cari genre tersendiri untuk mencipta keunikan dan keajaiban seiring dengan mode islamik semestinya.
Pembacaan, kajian dan ilham terbaik akan menatijahkan hasil yang menjadi kepuasan di samping keluarga tersayang. Yaa Rab, Kau kurniakanlah ilham itu buat hamba-Mu yang sangat memerlukan bimbingan dan kekuatan dari-Mu jua. Janganlah Engkau membiarkan aku leka dengan amanah-Mu yang eksklusif ini. Bantulah hamba-Mu yang lemah dan daif ini yaa Rabbi yaa karem.

Sedang mencari ilham untuk menghasilkan hobi luar biasa. Lambat tidak bererti putus asa tetapi kalau sudah tepu, mesti cepat-cepat mencari penawarnya. Peluang hanya datang sekali dan jangan dilepaskan begitu sahaja. Semoga mentor, guru dan orang yang ikhlas membantu sentiasa doakan yang terbaik untuk semua yang mencari redha-Nya dan rahmat-Nya.
Bercinta dengan kolumnis telah memberikan inspirasi untuk menceburkan diri dalam arena seangkatan dengan mereka. Hobi yang kini menjadi serius dan komited telah menukilkan beberapa naskah eksklusif sedang dalam pakej pertimbangan. Keperluan untuk belajar dengan pakar masih dalam pengamatan yang menyeluruh kerana khuatir dengan hasilnya kelak. Semoga aura yang bahagia membahagiakan sentiasa menjadi wangian di baity jannati.
Salam Jumaat,
Selawat atas Rasul s.a.w. sebanyak-banyaknya. Alhamdulillah, syukur kerana masih diberikan peluang untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang yang diminati.
Masih hijau tetapi dengan sokongan keluarga tersayang dan kekuatan dari-Nya akan lebih teruja dan yakin dengan bakat terpendam, in syaa Allah.
Semoga kekuatan itu sentiasa bergetar dan bersungguh-sungguh untuk berjaya dunia akhirat, ameen yaa karem... :)
Subscribe to:
Comments (Atom)