Kerap juga saya menerima pertanyaan sebegini:
“Ustazah, saya cadang jihad fisabilillah. Jadi saya hendak berperang. Apa
amalan terbaik untuk saya jihadkan?”
Lalu mereka terkejut apabila saya menjawab begini:
“Tidak usahlah puan berjihad. Sebaliknya, puan gantikan “rancangan jihad”
dengan melengkapkan soal penyusuan ibu dari sekarang!”
Saya menyambung: “Kalau sebelum ini puan sanggup
dan mampu untuk berjihad hamil 9 bulan 10 hari, maka rancang kehamilan sekarang.
Kalau puan berjihad untuk menyusukan bayi, menyusukanlah sekarang."
“Jika puan hendak juga, bolehlah puan menyusukan 2
tahun penuh selepas melahirkan si comel baik bayi lelaki atau bayi perempuan
sebagai tanda bersyukur. Apa-apa amalanpun tidak mengapa.”
Rahsia Susu Ibu.
Secara
umumnya ada tiga kewajipan wanita bergelar
isteri dan ibu itu berjihad kepada Allah:
1-Makanan
pelengkap
Wanita itu dikira
berjihad jika dia ingin menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun genap. Selain
mengandungi nutrisi seimbang, komposisi air yang bersih tanpa kurang adalah
sebanyak 90% pelengkap makanan bayi. Ianya
sekaligus mempercepatkan pertumbuhan sel otak dan perkembangan sistem saraf
dalam tempoh tersebut.
2-Sebagai
kesihatan
Jihad ini
boleh memupuk kasih sayang utuh selain mudah dihadam, mengandungi antibodi
tinggi bagi menghalang kembung perut,
alahan, radang, masalah jantung, pernafasan serta komplikasi penyakit kronik
lain. Sekaligus mencegah daripada jangkitan kuman, virus, kanser dan risiko penyakit.
Dalam
istilah fiqah disebut mencegah lebih baik daripada mengubati.
3-Semata-mata
kerana Allah
Jihad ini tidak dijanjikan oleh sebarang habuan
tetapi lebih kepada tautan kasih ibu sayang bayi. Bahkan, seseorang itu berjihad
semata-mata kerana Allah. Boleh jadi atas dasar kegembiraan atau kesyukuran.
Contohnya: “Alhamdulillah aku kini bergelar ibu. Ya Allah berikanlah aku
kekuatan untuk menyusukan bayi ini genap 2 tahun!”
Jadi bukankah
semarak intelektual, spiritual dan fizikal si comel dambaan para ibubapa?
Ramai wanita tertipu dengan istilah jihad. Realitinya,
kuasa susu ibu ini harus didedahkan dengan lebih interaktif dan progesif. Nikmati
saat-saat penyusuan dengan penuh keemasan dan keindahan. Kuasa itu menjana aura
luar biasa jika dilakukan dengan komitmen. Betulkan yang biasa dengan
melahirkan suri teladan “itu” semula.
*** NOTA PENGHARGAAN - Artikel ini pernah disiarkan oleh Telaga Biru Isu 59. Terima kasih Majalah Solusi.
Apapun, alhamdulillah. Syukur kerana saya berjaya menyusu badan kesemua cahaya mata kami hingga ke saat ini. Ampunan dan reda-Mu jualah yang kami harapkan. Salam Mahabbah dan TAHNIAH kerana berjihad dengan susu ibu!
HAK CIPTA TERPELIHARA @ QALAM ARDINI 2015

