Monday, 30 November 2015

Klinik Pena

"Antara menulis judul dan menulis bahan, mana yang dianjurkan?"
"Menulis dahulu. Judul kemudian pun tak apa."
Fajwah memberanikan diri menyoal Penulis Cinta 3 Rasa.
"Abu Bakar adalah khalifah dan sahabat Nabi s.a.w. yang hebat. Beliau mendirikan istikharah hampir sebulan sebelum menulis." – Penulis Fiqh Kewangan Islam.
"Setelah tulisan siap, saya menjualnya kepada teman-teman. Ternyata mereka suka. Terkejut kerana buku-buku saya diterima pembaca." – Oki Setiana Dewi.
"Letakkan Allah dan Rasul sebagai prioriti. Belajar dan amali perlu seiring. Serahkan hasil kepada Rabbul Izzati." – Penulis Skrip Aku Ada Wali.
"Saya letak ayat Allah dan hadis Nabi s.a.w. sebagai penutup supaya pembaca berfikir gaya Ulul Albab." – Pelopor Blog saifulislam.com
llmu penulisan telah merungkai persepsi kenapa dan bagaimana menulis sebagai kerjaya. Semangat Fajwah makin berkobar lalu menyambung manuskrip hingga terhasil beberapa proposal yang masih tersimpan rapi.
“Adakah ini yang terbaik ya Rabb? Sejauh manakah istikharah cinta ini pada-Mu?
Jika ya, Kau permudahkanlah dan berkatilah penulisan kami.”
Selang sebulan lebih, Fajwah nekad menyertai bengkel seterusnya. Kali ini, 2 hari lamanya. Sarat dengan ilmu teori dan praktikal untuk dicuba. Lebih interaktif sambil bertukar-tukar pengalaman.
Fajwah tidak malu bertanya. Semua persoalan telah terungkai. Laluan untuk menulis di depan mata. Alhamdulillah, dua buah manuskrip dikupas dan diperkemas.
Fajwah terkandas menyiapkan dua proposal kerana memberi tumpuan penuh manuskrip yang mula-mula diselenggaranya. Semangatnya rapuh kerana proposal penuh masih tidak diketahui nasibnya. Fajwah mencari jalan untuk menyiapkan juga proposal buku bisnes. Tertangguh kerana beralih tumpuan menyumbang artikel.
Fajwah mula rasa ada sesuatu yang tidak kena. Fajwah cuba menyertai bengkel motivasi bagi mengesahkan genre penulisannya. Di sinilah Fajwah bertaut ukhuwah dengan Penulis Kerana Aku Hamba-Nya.
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.



Friday, 27 November 2015

Refleksi 3P

"Assalamualaikum Fajwah. Ini Puan Qisrania."
"Wa’alaykumussalam, ya saya."
"Ini soal manuskrip tempoh hari. Pihak pengurusan kurang bersetujulah untuk terbitkan. Setelah diteliti, ada kekurangan dari segi fakta."
"Baik, bagaimana saya boleh menambah baik ya Puan?"
"Itulah, jika Fajwah seorang pakar bidang yang spesifik, kami akan terima."
"Jadi sekarang, tidak ada peluang untuk dibaiki?"
"Pihak kami tak dapat terbit kerana ia kurang bersesuaian. Cuba baca beberapa contoh buku terbitan kami. Jadikan inspirasi."
"Ada, saya telah membelinya sewaktu pesta buku. Maaf, idea saya tidak relevankah?"
"Beginilah, pihak kami dalam proses menerbitkan majalah baru. Kami tawarkan Fajwah menjadi kolumnis bagi isu fokus dan isu bebas."
"Jika begitu, manuskrip saya tak boleh dijadikan bahankah?"
"Nanti kita tengok. Jika bersesuaian, mungkin perlu diolah. Setiap keluaran kami, ada tema bulanan."
"Baik, saya akan baiki. Bilakah projek ini bermula?"
"Nanti saya maklumkan kemudian. Selaku editor, saya cadangkan Fajwah olah penceritaan. Kurangkan fakta. Buat cerita santai. Tetapi mesejnya tetap bermanfaat kepada pembaca."
"Insya-Allah, saya cuba. Siapakah sasarannya Puan?"
"Projek ni untuk remaja lewat belasan tahun hingga lewat dua puluhan."
"Beri saya tempoh untuk buat ulang kaji sedikit."
"Boleh. Fajwah punya manuskrip bagus, tetapi olahkan fakta menjadi penceritaan yang menarik."
"Baik. Insya-Allah, terima kasih Puan Qisrania."
Percubaan Fajwah telah dibaiki. Teknik penulisannya berjaya menambat hati editor. Sejak itu, Fajwah diberikan mandat untuk menulis artikel bagi isu fokus dan isu bebas. Panjang artikel tidak melebihi enam ratus patah perkataan.
Tawaran ini bermula dari bulan Jun 2014 hingga Febuari 2015. Keluarannya terpaksa ditamatkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Fajwah akur dan menghormati keputusan pihak pengurusan penerbit Aeropelangi.
Nampaknya, Fajwah perlu mencari jalan bagaimana manuskrip Potret Tertangguh menjadi buku. Tanpa berlengah, Fajwah mengirim proposal menerusi emel. Memilih untuk mengikuti bengkel penulisan motivasi, telah memperkemaskan lagi manuskrip itu. Kali ini, Fajwah lebih yakin kerana belajar yang diakui oleh masyarakat, seorang ahli perbukuan.
Hati Fajwah berbunga-bunga kerana respon dari beliau sungguh mengujakan. Semangat Fajwah makin jelas, bagaimana Potret Tertangguh bakal menemui pembaca. Idea yang datang mencurah-curah telah ditaip demi amanah dan ihsan.
Sedang rancak menunggu keputusan editor, Fajwah menyiapkan proposal kedua. Status lulus terbit Potret Tertangguh menjadi jambatan untuk makin serius menulis. Hobi menulis telah bertaut menjadi kerjaya profesional dengan merujuk para penulis sukses.
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.


Wednesday, 25 November 2015

Seindah Sabar

"Fajwah, I cuba telefon you tak jawab. Takpa, kami dapat arahan untuk kemas barang. You punya peti ais ni, apa cerita?"
"Bukankah I dah amanahkan you untuk menjaganya? Jadi, mohon kosongkan barang-barang dalam tu. Terima kasih."
"For your info, I tak jadi bawa peti ais tu dari tingkat satu ke tingkat dua. Staff tingkat satu yang guna."
"Since you yang masih contact I, I harap you assist I. Insya-Allah kami datang lepas Zuhur."
"Ok, will do it now."
Alangkah terkejut mendengar adik Fajwah bercerita bagaimana Puan Sirin berlepas tangan dan enggan bekerjasama. Peti ais yang ditempatkan sejak 2008 milik Fajwah sukar di bawa keluar. Menurut pegawai keselamatan, peti ais ini tiada isu sekiranya Puan Sirin menurunkan tandatangan di borang khas.
"Dari tadi Basyar sekejap naik, sekejap turun, lepas tu naik balik. Tak sangka, nama sahaja gah tetapi pekerjanya entahlah."
"Pegawai keselamatan tu memang nak tolong. Tetapi dalam keadaan syarikat macam ni, silap haribulan dia juga akan dipersoalkan."
"Astaghfirullahal'azim. Biarkanlah dia."
"SMS bukan main manis lagi. Sekali berurusan, nauzubillah!"
"Maaflah Basyar. Tak sangka sampai jadi begini."
"Tahu tak Puan Sirin buat telemovie. Memekak naik bingit telinga ni, asyik-asyik cakap sepatutnya you datang dengan Fajwah. Dia pernah kerja sini, dia tahu apa nak buat. I tak nak campur."
Laailahaillallah. Fajwah cuba mengawal emosi dengan apa yang disampaikan. Sedih. Geram. Terkejut. Rasa nak berdepan dengannya pun ada.
Nak balas SMS? Memang buang kredit sahaja. Biarkanlah. Patutlah Fajwah tiada hati langsung untuk pergi bersama. Alhamdulillah. Syukur sebab Allah pelihara kami dalam keadaan yang getir itu.
"Basyar pun hairanlah, Fajwah boleh bertahan dengan ragam macam tu?"
"Berlagak mengalahkan merak. Basyar hanya fikir Fajwah tadi. Kalau jumpa kat luar, tahulah nasibnya."
"Cukuplah Basyar. Maaflah. Kerana peti ais Fajwah, Basyar terbabit sama."
"Insya-Allah, Basyar ok. Gimik aja tu. Tak apalah, usah dilayan. Belajar pun, tak kritikal macam ni."
Khabarnya, mereka diarahkan untuk berkemas. Ada yang perlu berpindah. Ada yang meletakkan jawatan. Ada juga yang menamatkan perkhidmatan. Pertukaran berlaku dari semua peringkat bawahan hingga atasan.
Peti ais itu milik Fajwah. Ianya telah dibawa ke pejabat untuk menyimpan susu perahan. Sejak melahirkan anak kedua pada 2008 hingga insiden diatas terjadi, ianya masih elok. Tidak sangka peti ais itu terlalu sukar untuk dibawa keluar.
Sebelum ini, bekas rakan sekerja mahu beli tetapi Fajwah enggan menjualnya. Lebih elok jika peti ais itu dikongsi dengan rakan sejabatan ketika itu. Sampai saat ini, tidak pasti apa nasibnya.

Ampunkanlah kami Ya Rabb.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.


Wednesday, 4 November 2015

Kreatif Meraikan Realiti

Bismillah.

Kami ada terbaca sebuah entri. Setelah membaca, timbul beberapa cetusan idea.

Kami catitkan supaya tidak lupa.

Antaranya:-

+ mahu cari bintang IT.
+ mahu berdikari.
+ mahu lebarkan networking.
+ mahu timba realiti baru.
+ mahu bercinta dengan rezeki.

Setelah itu, kami cuba ujikaji.

Sambil menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan, aura mukjizatnya kami rasai.

Jika belajar dari ilmuwan, mereka fakeh bab teori.

Jika belajar ilmu praktikal dan teknikal, mereka fakeh bab menjauhkan diri.

Karya ini hanya ujikaji, sejauh mana ROI ini halalnya dihisab, haramnya diazab.

Pesan otai, kita baru hidup dalam padang baru. Tetapi bukan baru hidup manusiawi.

Justeru, raikan perbezaan dan cari persamaan.

Mohon ikuti kami di viplegacy.blogspot.my bagi memperkasa mata pena kami.