Ya Allah, Kau kurniakanlah pahala atas ujian ini. Berikan ketabahan dan kebaikan yang lebih baik dari apa yang Kau kehendaki.
Menerima perkhabaran kembalinya Uwais syurgawi pagi ini, membuatkan pendosa ini tidak mampu menuturkan bicara.
Namun, kehangatan kasih sayang seluruh insan yang mengasihi Uwais telah membasahi doa dan air mata.
Keinsanan dan keihsanan telah mempertautkan ukhuwah saudara seakidah khususnya buat kedua Ummi dan Abi Uwais tercinta.
Uwais syurgawi,
terima kasih kerana mendidik pendosa ini erti insafi diri.
Uwais disayangi,
terima kasih kerana mendidik pendosa ini erti hargai dan syukuri.
Uwais dirindui,
terima kasih kerana mendidik pendosa ini erti berdoa kala susah dan senang.
Uwais dikasihi,
terima kasih kerana mendidik pendosa ini erti bergantung diri pada Ilahi sepenuh hati.
Uwais dicintai,
terima kasih kerana mendidik pendosa ini reda, tabah dan cekal dengan takdir Ilahi.
Uwais penyejuk mata hati,
Allahuakbar.
Allahuakbar.
Allahuakbar.
Hadirmu 20.09.2015 dan kembalimu 27.10.2015 memberi makna bagi pendosa ini akan keagungan Pencipta.
Tenanglah ruh Uwais syurgawi bersama rahmat Ilahi. Ini pasti Uwais sayang.
Moga Ummi dan Abi Uwais setenang kembalimu kepada Pencipta, Amin Allahumma Amin.
Al-fatehah dari kami seisi keluarga.
Subhanakallah humma.
Diari Pendosa.
15.01.1437H | 28.10.2015M.
Kredit Foto - Hak Milik Abi Uwais syurgawi.

