Bismillah.
Adakah tuan/cik puan yang kami cari?
Jom, semarakan
keagungan al-Quran bahawa lulusan maahad tahfiz bukanlah seperti yang disalah
tafsirkan.
Kami dalam proses mencari ikon lepasan maahad tahfiz
yang sedang berkhidmat dalam semua lapangan industri kerjaya. Calon tersebut
mestilah lulus hafazan 30 juzuk al-Quran. Kini berkhidmat di agensi kerajaan
atau swasta tidak kurang dari 5 tahun.
Mohon sertakan profil penuh seperti berikut:-
·
Nama penuh
·
Latar belakang Pendidikan
·
Profesion terkini
·
Umur
·
Asal
·
No telefon
·
Status
·
Nama Maahad Tahfiz
·
Alamat Maahad Tahfiz
Kongsikan kisah kerjaya tuan/cik puan tidak kurang dari
3 muka surat.
Pencarian ikon yang berjaya akan dihubungi untuk
tindakan selanjutnya.
Terima kasih atas perhatian dan dokongan.
Firman Allah SWT: “Dan
hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha
berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”. [Surah
al-Maidah: 2]
Jika tuan/cik puan adalah ikon yang dimaksudkan, tahniah! Emelkan ke cthasnor.04@gmail.com
Sesungguhnya, lulusan Arab, pondok atau maahad tahfiz adalah nadi utama untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
“Al-Quran itu mengikat cahaya atas cahaya pencinta duniawi dan ukhrawi.” - Qalam Ardini Disember 2013
*Hak Cipta Terpelihara @ 2013*
