Monday, 23 June 2014

Konvensyen Penulisan II

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...

Bersyukur dan bertuah kerana memilih untuk menambah ilmu bagi memastikan diri di atas jalan yang betul.

Saya amat berterima kasih kerana kesemua panelis bersungguh-sungguh memberi khabar gembira dan ingatan dalam bidang profesional ini.

Para panelis dan penganjur adalah mentor saya. Mereka amat saya segani dan hormati.

Biarlah aura positif para mentor mewangi kepada semua peserta yang hadir. 

Antara mutiara informasi buat refleksi diri ialah:-

Kit Tiruvasi - BMC oh BMC - Time Management - Risk Solution - Corporate Governance - Social of Ethics - Embrace Techno - Tauhidic Framework - World Class Route - Just Do It! - 

Alhamdulillah, saya dapat menghantar manuskrip dan sekarang dalam penilaian. Moga Allah perkenankan usaha kecil kami ini hendaknya.

Insya-Allah, saya dalam proses membuat proposal bagi menjejaki seorang mentor yang bertukar bidang dan terbukti berjaya. 

Yang penting, tindakan... tindakan... tindakan...

Pada saya, inilah Israk Penulis dan Mikraj Perbukuan yang wajar saya cuba kerana ianya bukanlah mustahil.

Tahniah dan moga semua yang terlibat mendapat rahmat dan reda Pencipta.