Monday, 23 December 2013

Journal Mukmin Cemerlang oleh Qalam Ardini

Bismillah.

Adakah tuan/cik puan yang kami cari? 

Jom, semarakan keagungan al-Quran bahawa lulusan maahad tahfiz bukanlah seperti yang disalah tafsirkan.

Kami dalam proses mencari ikon lepasan maahad tahfiz yang sedang berkhidmat dalam semua lapangan industri kerjaya. Calon tersebut mestilah lulus hafazan 30 juzuk al-Quran. Kini berkhidmat di agensi kerajaan atau swasta tidak kurang dari 5 tahun.

Mohon sertakan profil penuh seperti berikut:-

·         Nama penuh
·         Latar belakang Pendidikan
·         Profesion terkini
·         Umur
·         Asal
·         No telefon
·         Status
·         Nama Maahad Tahfiz
·         Alamat Maahad Tahfiz

Kongsikan kisah kerjaya tuan/cik puan tidak kurang dari 3 muka surat.

Pencarian ikon yang berjaya akan dihubungi untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih atas perhatian dan dokongan.

Firman Allah SWT: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”. [Surah al-Maidah: 2]

Jika tuan/cik puan adalah ikon yang dimaksudkan, tahniah! Emelkan ke cthasnor.04@gmail.com

Sesungguhnya, lulusan Arab, pondok atau maahad tahfiz adalah nadi utama untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

“Al-Quran itu mengikat cahaya atas cahaya pencinta duniawi dan ukhrawi.” - Qalam Ardini Disember 2013

*Hak Cipta Terpelihara @ 2013*



Wednesday, 20 November 2013

Penulis Adat atau Ibadat

:: Makluman Silaturahim ::

... "Kepada sahabat-sahabat yang dianugerahkan Allah dengan kelebihan ilmu dan skill menulis, kami mengalu-alukan sahabat semua menulis untuk majalah-majalah keluaran kami di Telaga Biru (Majalah Solusi, Majalah al-Ustaz dan Gen-Q). Apa yang diperlukan ialah sahabat perlu membaca panduan yang dinyatakan di pautan ini. Semoga ilmu sahabat dapat dimanfaatkan oleh ummah dan akhirnya menjadi jariah bagi membantu kita di sana, insyaAllah..." - diekstrak dari Gen-Q.

#####################################

Nama majalah : Solusi/ Gen-Q/ Al-Ustaz/ Demi Cinta
(Sila gariskan yang berkenaan)

Nama kolum : (Cadangkan nama kolum yang kreatif)

Kolumnis :

Deskripsi
(Sinopsis kolum secara ringkas)

Konsep kolum
(Cara kolum akan dipersembahkan,standard, keunikan atau perspektif baru yang ingin diangkat)

Matlamat artikel
(Tujuan akhir yang ingin dicapai melalui penerbitan artikel bagi kolum ini)

Kategori Fardu Ain/ Motivasi/ Umum/ Lain-lain: _______________
(Sila gariskan yang berkenaan)

Jumlah perkataan 900-1000 patah perkataan sahaja.

Contoh tajuk artikel
(Senaraikan contoh tajuk artikel bagi 6 keluaran)

Gred
Kadar isi kandungan artikel sama ada santai atau berat <1 paling santai – 5 paling berat pengisiannya>

######################################

Saya baru terjumpa info permata ini. Moga ianya bermanfaat.

Jom semarak penulisan bagi meraih amal saham akhirat.


Ayuh!

Tuesday, 22 October 2013

Syukur & Terima Kasih

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Bersyukur kerana dengan izinNya, maka nukilan kedua terbit.

Ianya berupa peringatan untuk diri sendiri dan istimewa buat ummah agar mentauhidkan Allah swt.

In syaa Allah, bersemangat dan sedang istiqomah meneruskan perjuangan yang baru bermula.

Buat diri sendiri, jadikan menulis itu bukan sekadar adat semata-mata.

Terima kasih tautan ukhwah kepada keluarga tersayang atas doa dan sokongan kalian.

Tidak lupa juga penghargaan buat para mentor dan rakan taulan yang mendoakan dan berkongsi ilmu penulisan.

Menghargai ruang dan peluang mengumpul Amanah Saham Akhirat.

Monday, 7 October 2013

AROMA PEPERIKSAAN

Aroma peperiksaan tiba lagi. Kali ini lebih lain daripada yang sebelumnya. Namun, tujuan itu tetap sama bagi memastikan sejauh mana tahap intelektual, emosi dan karektor seseorang.

Anugerah kecermelangan akademik ini unik. Ia bergantung kepada sikap seseorang. Apapun, laksanakan peranan sebagai pelajar secara optimum mengikut kemampuan. Barulah kita bertawakal.

Ibu bapa adalah insan yang menjadi nadi kepada kejayaan anak dunia akhirat. Ini adalah kunci emas yang wajar dipasakkan bagi mencipta keluarga sakinah. Ayuh, semarak berjemaah dalam urusan kehidupan seharian.

Selamat berjuang dan semoga berkat duniawi dan ukhrawi.

"Ilmu itu cahaya, jahil itu bahaya. Justeru, luruskan niat kita agar magnet yang mengalir sentiasa mewarnai pahala kekal ke Jannah."

Wednesday, 2 October 2013

KLINIK PENULIS

Al-Quran dan sunnah itu mukjizat.

Menjadikan kedua naskah teragung itu teman mengisi masa banyak manfaat dan penawar kepada minda, emosi dan karektor manusia.

Iqra' dan belajar tidak terhenti bagi hamba atau khalifah yang yakin menggayakan akidah, siasah syar'iyah dan akhlak Islamik hingga hujung usia.

Bersyukur dengan sedikit, sabar dengan ujian dan istiqomah dengan amal soleh.

Bukan senang untuk senang. Sesungguhnya apa yang kita semai akan menjadi aset untuk dituai sewaktu di dunia lagi apatah lagi di akhirat sana.

Mulia Seorang Pemaaf

Ingat 2 Perkara:-

1- Dosa kita kepada orang dan dosa terhadap Allah Taala.
2- Kebaikan orang kepada kita apatah lagi kebaikan Allah kepada kita.

Lupakan 2 Perkara:-

1-Kesalahan orang kepada kita apatah lagi hukuman Allah kepada kita.
2- Amalan baik kita kepada orang apatah lagi ibadah kita kepada Allah.

Hikmah ingat 2 perkara itu mendorong kita sentiasa memohon maaf dan banyak bersyukur.

Hikmah lupakan 2 perkara pula mendorong kita bersangka baik dan laba menjana kebaikan.

Refleksi minda, emosi dan karektor demi diri sendiri sebelum semarak kepada insan-insan lain.

Cinta Amanah

Abu Zar r.a. datang bertemu Rasulullah s.a.w. lalu berkata, "Wahai Rasulullah, mengapakah tuan tidak melantik aku?"

Kemudian, Rasulullah s.a.w. menjawab selepas menepuk bahu Abu Zar, mafhumnya, "Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau orang yang lemah. Jawatan ini satu amanah. Ia satu kerugian dan penyesalan pada hari kiamat kecuali bagi orang yang menggalasnya dengan kebenaran dan menunaikan tanggungjawab."

[Imam Muslim]

Tanggungjawab = Tanggung di dunia + Jawab di akhirat.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.

24 jam yang bakal diinfakan untuk Amanah Saham Akhirat, in syaa Allah.

Wednesday, 21 August 2013

14 Syawal 1434H | 21 Ogos 2013

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Syukur dan terima kasih pengikat ukhwah di atas air tangan isu 59.

Hanya Allah Subhanahu wa Ta'aala mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Teruskan menu mendidik sambil meneladani insan teragung Rasulullah s.a.w. yang tiada tolok bandingnya.

Dai itu ada 3 ala carte termasuklah:-

1- Dai istimewa kepada individu tertentu.

2- Dai istimewa kepada alumni tertentu.

3- Dai istimewa kepada makrifatullah.

In syaa Allah, mana-mana pilihan menu kita itu pasti ada ROI 'emas' selagi niatnya untuk Dia tanpa keraguan.

Yaa Rabb, baru terlihat artikel terselit rasa malu teramat dahsyat. Bagaimana pula jika naskah sulung terbit?

Masya Allah...

Masih terlalu banyak yang perlu ditarbiyah sambil bertindak untuk berkaligrafi dengan Qalam Ardini, in syaa Allah.

ULANGTAHUN CAHAYAMATA KE-2

Salam Ulangtahun kepada cahayamata kedua kami Darwisy.

Alhamdulillah, semoga Allah dan Rasul sentiasa menjadi pembela dalam setiap detik dan ketika.

Kami mohon ampun dan maaf jika selama ini amanah terhadapmu terkhilaf dan terkurang sana sini.

Alhamdulillah, terima kasih mawaddah wa rahmah diatas kurniaan yang tidak ternilai ini.

Kehadiran Darwisy menjadikan abang, adik dan seisi keluarga bersyukur dan berbahagia.

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Monday, 19 August 2013

UKHWAH SYAWAL

Alhamdulillah, kepulangan seisi keluarga telah merapatkan tautan kasih sayang yang tiada tandingannya.

Sesi bertukar kunjungan dihiasi dengan penuh kesyukuran selain diserikan dengan juadah air tangan legasi mama tersayang masih membugar sebagai buah tangan. 

Alhamdulillah, terima kasih pengikat ukhwah kerana tetamu istimewa sudi meraikan sajian Eidulfitri yang sederhana bersulam semarak mesra tanda gembira.

Semoga pertemuan dan perpisahan ini sentiasa dinaungi rahmat dan Nur kasihNya jua.

Salam Syawal 1434H teristimewa dari kami setulus keluarga.  

Mohon ampun dan maaf pengganti bicara.

Saturday, 27 July 2013

TAKDIR VS TADBIR

Bismillah.

Jika ianya tidak benar, semoga Allah Ta'aala mengampuni dosanya dan jika ianya benar, semoga Allah Taa'ala mengampuni dosa-dosaku.

Belajar untuk akur dengan takdir meskipun itqan dengan tadbir yang menghiasi air tangan minat yang telah lama didoakan oleh para orang yang muhsin.

Terima kasih kerana tanpa doa ampuh kalian, Qalam Ardini bukanlah seperti yang ditarbiyah oleh kedua orang tua yang sangat kami rindui dan kasihi.

Sesungguhnya Allah Taa'ala dan Rasul s.a.w. menginginkan yang terbaik untuk hambaNya yang benar-benar menuju hati jannah.

Tasnim manuskrip ini datangnya dari ilham Qalam Yang Maha Agung.

Perkenankanlah apa yang kami zikir istimewa buat semua yang mendamba Nur sebagai teman akrab.

Ramadan yaa Karem.

Alhamdulillah~

HAK CIPTA TERPELIHARA @ QALAM ARDINI 18 RAMADAN 1434H

Friday, 26 July 2013

BERCINTA DENGAN KARYA

Alhamdulillah, syukur kerana berjaya menyiapkan karya yang lahir selepas menjejaki potensi diri.

Sesi syura bakal mencipta mutiara emas apabila diri menganggap bahawa ilmu itu hak mutlaq Allah subhanahu wa Ta'aala.

Semoga berkat Ramadan Karem terus memayungi hati para hambaNya yang sentiasa mengharapkan rahmat dan redha hingga jannah.

Salam Nuzul al-Quran dari kami seisi keluarga.

17 Ramadan 1434H

Wednesday, 24 July 2013

MISI 15 Ramadan 1434H

Yaa Ramadan Karem


Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Syukur kerana telah sukses mendeko minat dengan para mentor yang sukses.


Mudah-mudahan Allah s.w.t. menerima seadanya dari hamba yang kerdil ini.


Apapun,

Saya bukanlah insan yang hebat tetapi saya mahu belajar dari insan-insan yang hebat.


Saya adalah insan biasa tetapi saya ingin menjadi insan-insan yang luar biasa.

Dan...


Saya bukanlah insan yang istimewa tetapi saya ingin membuat seseorang menjadi istimewa terutama dihatiNya.

Salam Ramadan buat seluruh Mukmin. Mari tingkatkan ibadah dan mengurangkan juadah yang berbaki ini di samping keluarga tercinta.

HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2013 OLEH QALAM ARDINI

Thursday, 16 May 2013

DEDIKASI GURUKU

Salam Hari Guru,

Alhamdulillah...

Syabas dan Tahniah para guruku.

Nukilan ini teristimewa buat semua guru yang pernah mendidik saya sehingga saya menjadi diri saya sekarang.  Tanpa didikan para guru, manalah mungkin saya waktu ini.

Saat manis bergelar pelajar tidak pernah pudar meskipun kurniaan itu telah berlalu.  Semoga Allah s.w.t. selayaknya memberi ganjaran yang setimpal dengan semua jasa dan penat lelah mendidik saya.

Kini, setelah bergelar ibu, rasa bersyukur dan bertuah kerana para guru cahayamata kami telah komited mendidik 2D.  Didoakan semoga Allah s.w.t. mengurniakan rahmat dan kesihatan teristimewa untukmu.

Al-fatehah buat para guru yang telah kembali ke rahmatullah.

S.E.L.A.M.A.T. H.A.R.I. G.U.R.U. daripada kami seisi keluarga... (^-^)

Thursday, 2 May 2013

MEDIK BUKU

Saya dalam proses mencari bahan bacaan berkaitan perakaunan dan undang-undang perniagaan.  Kedua-dua ilmu itu telah saya pelajari secara asas dan kini berhasrat untuk mengulangkaji bagi memastikan matlamat saya berhasil, in syaa Allah.

Saya juga amat meminati sirah atau sejarah kerana testimonial tersebut sangat membantu dari pelbagai segi terutamanya minda, nurani dan tindakan.  Saya yakin, dengan persediaan yang berbaki akan memudahkan saya membuat tindakan luar biasa yang selalu dipesan oleh mu'alim yang ikhlas mendoakan kami semua.

Leaders are readers, yes... truth... and mumtaz...

Semoga Allah dan Rasul menjadi pembela saya hingga Jannah.

Thursday, 25 April 2013

BISNES GAYA ABDUL RAHMAN B 'AUF


* MODUL KHIDMAT RUNDINGAN *

KLINIK RAMADAN: JANA CAHAYA MUKMIN SUKSES
Kita semua dijadikan oleh Allah Taala ada tujuan iaitu untuk beribadah kepadaNya.  Asal kejadian kita cukup jelas direkodkan menerusi ayat-ayat cinta al-Quranul Karim.  Berbekalkan manual agung itu, alangkah sayangnya jika kita culas merealisasikan gaya hidup sunnah yang menyeluruh dan lengkap.  Jika kita yakin dan memahami isi tersurat dan tersirat kalamullah, itu tandanya kita telah pun mengusai ilmu asas sebagai pedoman Muslim.

            Kewujudan teknologi dan perkembangan dunia hari ini, bukan cabaran utama tetapi apa yang lebih utama ialah bagaimana untuk kita menghadapi dan menguruskannya.  Semua yang berada di sekeliling kita adalah alat untuk kita bergelar MUKMIN SUKSES bukan sahaja dunia tetapi sampai Jannah.  Ianya bukan sesuatu yang mudah tetapi bukan mustahil untuk diraih.

Program ini adalah salah satu platform untuk berkongsi dan berinspirasi bagaimana menjalankan tanggungjawab kepada diri sendiri.  Benar, setiap manusia itu ada keunikan yang tersendiri, namun memiliki POTENSI DIRI jika diselami, bakal mencipta dan menambah nilai untuk memperkasa diri dan ummah sejagat.  Pengaruh inilah yang perlu digilap dan disinari cahaya Islam untuk digunakan bagi memburu kejayaan cemerlang dunia akhirat.  Penemuan inilah yang bakal dijana dan dinobatkan sebagai MUKMIN SUKSES abadi.


DURASI PROGRAM
Atas undangan dan persetujuan bersama bermula Rejab 1434H (13 May 2013) sehingga Bulan Ramadan 1434H.

Program ini menjana 3 cahaya sebagai transformasi penting dalam diri kita.  Ini termasuklah:-

TERAPI 1: CAHAYA TAUHID
Menyuburkan keyakinan dan kepercayaan untuk merasakan hidup berTuhan sentiasa bersama  dalam segenap dimensi.  Pemikiran kita menentukan gaya hidup dan impian kita. Memahami konsep rukun Iman dan Islam sebagai teras adalah penting menerusi ibadah khusus dan ibadah umum.  Pemantapan ibadah kita akan mencipta ketenangan dan kebahagiaan dalam apa jua bentuk cabaran hidup seharian.

TERAPI 2: CAHAYA SYARIAT  
Mengaplikasi tindakan dengan mengorbitkan unsur penting gaya hidup patuh syariat. Syariat cemerlang menjadikan kerja sukses, bisnes berjaya, rumah tangga bahagia, anak-anak sihat, pasukan berketrampilan dan hidup harmoni sentiasa.  Perkukuhkan syariat kita bagi memacu kejayaan dalam hidup sampai Jannah.

TERAPI 3: CAHAYA AKHLAK
Menjiwai akhlak dengan menjadikan suri teladan sebagai karektor Islamik.  Etika seperti amanah, jujur, menyampaikan dan bijak adalah 4 sifat wajib untuk sukses.  Terapkan dalam gaya hidup untuk mengikis watak yang menyusahkan diri dan keadaan sekeliling.  Setiap satu perkara adalah nikmat atau ujian. Justeru, etika ikon Rasulullah s.a.w. adalah solusi bagi membuka ruang baru dalam diri untuk anugerah kejayaan.

METOD KHIDMAT RUNDINGAN CAHAYA RAMADAN
1)       Berkongsi ilmu dan pengalaman soal Akidah, Syariat dan Akhlak.
2)       Beriltizam untuk mengubah paradigma iaitu cara pemikiran Islamik.
3)       Transformasi gaya hidup lebih Islamik (komtemporari) berbanding sebelum program.

In syaa Allah, selesai program nanti, pilihlah untuk reset minda dan hati kita agar menjadi hamba Allah yang bertaqwa selaras dengan kedatangan bulan barakah Ramadan Karem.

KAD PENGHARGAAN
Tahniah kerana sudi bekerjasama dengan pihak kami.  Pihak kami amat bersyukur serta berbesar hati dengan pihak cawangan Tuan/Puan dalam menganjurkan program di tempat Tuan/Puan.  Pihak Tuan/Puan boleh terus menghubungi talian 019 6942910 ataupun email cthasnor.04@gmail.com  Terima kasih pengikat ukhwah atas kepercayaan dan komitmen untuk menambah nilai bersama.

JANA ILHAM

ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH...

Segala yang di rancang walaupun terkeluar dari orbitnya, namun masih terkawal. Usrah silaturahim antara hamba Allah yang amat komited dengan soal solat dan fitrah telah menukilkan inspirasi bagi memenuhi citarasa kuasa majlis syura.

Jatuh cinta dengan hasil karya digital oleh sahabat yang komited dengan task sebelum-sebelumnya diharap dapat mempengaruhi insan lain untuk menambah rezeki yang telah ditentukan sejak azali.  Tahniah dan syabas kerana bertemu dengan sahabat sebegini.

Saya amat bersyukur dengan suami dan Ulamak 3D kerana mendoakan kaligrafi ini. Semoga Allah Taala mempermudahkan cabaran dan rintangan yang bakal ditempuh nanti.

Teringat Rasulullah s.a.w. hilang segala kesulitan.

Monday, 18 March 2013

MIROR OR MIRACLE


KNOWLEDGE BY CHARACTERISTIC

Admit mistake is to show you’re an accountable.
Deny mistake is to show your thru colours.
When issue arise, your choice whether to make it easier or pretty worst.
Embrace effective communication to intact thrust relationship.
Pleasure, let’s forgive and forget.
Knowledge is power by characteristic.
I learn and I care, I love and I share!

By Qalam Ardini.
HAK CIPTA TERPELIHARA @ QALAM ARDINI 2013

NOTA ZIKIR PENULIS


INSPIRASI BUKU | MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Buku ini menyingkap keajaiban rezeki dengan mutiara hijab yang interaktif dan informatif. Formula asli yang dirumus eksklusif dengan anekdot dulu, kini dan selamanya soal rezeki sebagai ‘master key’ yang mencintai ilmu dan amal soleh.

Pelaburan yang memperuntukkan kualiti masa sebelum merasai khasiat kemanisan mudahnya menjemput rezeki persis penulisnya. Benar, ia bak kapsul minda, dos nurani dan suplemen gaya hidup yang dicemburui bagi diri saya.

Pada saya, istimewa buku ini jaminanNya ialah;
“Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung jumlahnya.” – Ali ‘Imran 3 : 37

Alhamdulillah, syukur dan bertuah kerana penulis sudi memberi cenderahati menerusi pakar yang kami segani.  Ohya! Luar biasa buku ini, telah menjentik tinta saya untuk menukilkan gaya simfoni ustaz FS suatu hari nanti, in syaa Allah.  Terima kasih FTASB.

 

PENILAIAN MUTIARA IMAN


CINTA TIJAARAH | e-KPI

PROFIL:-

Pengguna dan peniaga ibarat lelaki dan wanita yang saling lengkap-melengkapi. Syaratnya, senada dengan piagam kefahaman Islam. Mari kita ‘check and balance’ sejauh mana e-KPI kita seisi keluarga.

KEPUTUSAN:-

Pengguna yang beriman, “Mencari yang halal itu fardhu.”

Pengguna yang ikhlas, “Menjauhi yang syubhah atau ragu-ragu.”

Pengguna yang bertaqwa, “Memilih yang halal dan baik.”

Peniaga yang beriman, “Asal sesuatu itu harus selagi tiada dalil yang menegah dan mengharamkannya.”

Peniaga yang ikhlas, “Islam adalah asas dan meraikan reality semasa untuk kepentingan ummah sejagat.”

Peniaga yang bertaqwa, “Menghalang kezaliman, rasuah, riba dan penipuan.”

 SOKONGAN:-

Tinta kalamullah bermaksud; “Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.” – (Surah Thoha 20 : 132)

Peringatan Rasul s.a.w. mafhumnya; “Sesungguhnya agama mudah dan tidaklah seorang yang terlalu berkeras (atau melampau) dalam urusan agama kecuali mereka akan tewas dengan kekerasan mereka.” – (Riwayat an-Nasai no 5051)

CADANGAN:-

Sila LIKE & SHARE.

BONUS:-

Terima kasih pengikat mahabbah atas sokongan.

Salam ceria dari Perintis Penulis Islamik – Qalam Ardini.
HAK CIPTA TERPELIHARA @ QALAM ARDINI 2013

Thursday, 14 March 2013

ROLE MODEL

FLIGHT U-TUBE  | AVIATION D MOVIE

PRE-FLIGHT

Owner: Flight Ops + Engineering + Commercial + In-Flight Services + Airport Ops

DURING FLIGHT

Owner: Flight Ops driven by Captain, 1st Officer/2nd Officer + Support by Cabin Crew

POST FLIGHT

Owner: Aiport Ops + Flight Ops + Finance + Fuel

PRODUCTION VIEWS:

Circulation exist while acting:-

System, People, Process, Document, Tool, Division = RESULT AND EVALUATION

CANDID:

Knowledge, experience, commitment and core value

NEW E-BOOK

I wonder how Co Sec and publication series could entertain my next movie.  Looking a head to move forward to the maximize memoir.

Wednesday, 13 March 2013

MEDIK BISNES


RAHSIA SIHAT KAYA DAN BERJAYA SAMPAI SYURGA

Setiap urus niaga yang hendak diiktiraf oleh Islam hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh syarak. Menurut Pakar, pantang-larang syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas simptom muflis utama iaitu:

a) Membantu kepada perbuatan maksiat.

b) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan.

c) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasan.

d) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad.

(Al-Halal wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, halaman 242)

Lebih kritikal, antara unsur yang dilarang oleh syarak dalam urusan perniagaan termasuklah:-

1) Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat.

Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau seglobalnya.

2) Al-gharar.

Jika urus niaga yang dilaksanakan dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha' sepakat menyatakan bahawa jual beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit dalam hadis yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. menegah jualan secara gharar dan jualan secara lemparan batu."

3) Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud;

"Sesiapa menipu, maka ia bukan daripada golonganku."

Antara contoh penipuan yang menjadi wabak terkini termasuk:-

(a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan ini dinamakan al-Taghrir iaitu memperdaya.

(b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploitasi kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya menjual barangan/produk yang hanya bernilai RM20 dengan harga RM200 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

(c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.

(d) Mengurangi timbangan seperti menjual buah-buahan yang rosak bercampur dengan yang elok kemudian di timbang dan dijual.

4.) Menganiaya pengguna dan masyarakat.

Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat. Contohnya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:

"Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa."

Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urus niaga akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.

Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM.

Justeru, wahai para usahawan Mukmin, mari kita online dengan ilmu dan offline dengan jahil demi mencegah bersama. Ketahuilah, bahawa matlamat tidak pernah menghalalkan cara kerana racunnya sangat bisa dan merbahaya. Mari betulkan niat dan perbaiki cara.

Rawatan cara Rasul s.a.w. memudahkan terapi makmal di Akhirat.

Perintis Penulis Islamik - Qalam Ardini.

HAK CIPTA TERPELIHARA @ QALAM ARDINI 2013

TASBIH FIKIR ZIKIR

PASCA PILIHANRAYA

Selagi pemimpin itu online dengan amar makruf dan offline dengan nahi mungkar, in syaa Allah dia akan amanah membina tamadun password kefahamanNya.  Soalnya, wajarkah kita terminate dengan fikrah yang tidak selari dengan kita?

Syukur kerana kita masih boleh menjalankan tanggungjawab berbanding dengan bumi yang sedang merintih gara-gara inginkan tajdid dalam pemerintahan. Mari kita cerna minda, apakah dengan mengodam emosi dan virus yang tidak autentik menyebabkan kita silap faham memilih pemimpin?

I-pad politik kini memerlukan komitmen dari semua pihak tanpa mengira perbezaan selagi dasar yang utama menjadi prinsip tegas dan fatonah soal cabang.  Selagi pemimpin itu mendaulatkan kalimah Tauhid dan menglobalkan syariah serta berikon dengan Rasulullah s.a.w., menjemput keamanan dan keharmonian ummah boleh diraih.

Sebagai contoh, sebuah Pertubuhan Media Sosial yang dianggotai oleh 7,000 orang ahli tidak termasuk like.  AJK seramai 10 orang dilantik.  Presiden dan AJK telah merangka plan untuk kebaikkan bersama tanpa mengubah dasar asal.  Jika salah seorang AJK culas menjalankan amanah, adakah salah Presiden?  Katalah beliau mengamalkan piagam Madinah sebagai fundamental, adakah anggota tadi membubarkan persatuan atau melantik ahli lain?  Bayangkan jika kita boikot, bubar, menjadi agen fitnah, mengambil tindakan undang-undang atau sewaktu dengannya, agak-agak memakan masa yang magik untuk membina sebuah persatuan yang konfem lebih dinamik dari yang tadi?

Kalau anggota itu fikrahnya seperti Umar B Abdul Aziz atau Khulafah al-Rasyidin, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum! Ataupun, mereka adalah orang yang tidak gentar terhadap cercaan sesiapa pun kerana Allah, menasihati pemimpin perihal yang diredhai Allah, memasakkan kemampuan ummah ke arah pembebasan, kesatuan, dan pemerkasaan jati diri Islam seperti Majlis Pemegang Amanah pun dah sangat bersyukur. 

Memikirkan karnival Daulah Islamiyah kini, mari kita ‘feeling’ dengan keadaan di Timur Tengah, Yahudi, Nasrani dan paling dekat jiran kita. Cer touch screen kolam google soal pemerintahan baru yang diangankan. Bersediakah kita senasib dan menambah alumni bersama?

Justeru, apa yang kurang kita perbaiki untuk mengimarahkan kehidupan dengan pimpinan yang tepat bukan memikat. Kuasa pilihan itu broadbandnya harmoni dan aman damai. Mari kita recharge dengan Allah Taala dan disconnect dengan iblis laknatullah yang satu-satunya hosting penenang hati.

Network pangkat yang berkat nukilan Q.A.

HAK CIPTA TERPELIHARA @ QALAM ARDINI 2013

Tuesday, 12 March 2013

UMUL KITAB DAN TAHLIL


AL-FATEHAH
Insan yang menjadi sahabat kala memakmurkan bumi telah menemui penciptaNya. Meskipun terasa kehilangan, kami berusaha untuk tabah dan meneruskan pelangi kehidupan seisi keluarga.  Benar, ianya ujian proses memperkasakan diri namun simfoni kasih sayang yang tidak pernah sirna mengatasi kehendakNya.

Segala mutiara gaya hidup yang eksklusif tersimpan kemas di album nurani. Kini menjadi media dan biografi meraikan kehadiran insan tersayang hingga syurga abadi.  Syukur dan terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian testimonial yang mengagumkan dan amat memahami diri ini.  Semalam adalah takdir, hari ini adalah peluang dan esok adalah ganjaran.

Semoga ayahanda tersayang tenang dan aman di alam sana bersama orang yang sejahtera termasuk bonda dan dinda tercinta. Hanya kiriman doa dan salam fatehah tanda rindu anakanda sekeluarga.  

* Belangkasuka Khamis Bin Abdul Hamid 30 Sept 1949 – 12 Mac 2001 *
AL-FATEHAH
 
HAK CIPTA TERPELIHARA @ QALAM ARDINI 2013

Monday, 11 March 2013

KLINIK KITAB

Salam Mahabbah,

Memilih arena penulisan bukanlah mustahil.  Realitinya, berapa ramai yang komited untuk mengajar, membongkar dan berkongsi dengan kepakaran itu?

Justeru, jika anda ada cerita ringkas, pengalaman atau hobi, inilah masanya anda merebut karier sebagai penulis.  Biarpun, bermula di fb, blog atau diari semuanya boleh dinukilkan menjadi rujukan umum kepada masyarakat yang sentiasa dahagakan ilmu.

Ini adalah khasiat yang saya pasakkan sebagai menyahut gelaran penulis selama bertalaqqi dengan mentor dan para sahabat.  Mari kita fahami dan aplikasikan bersama-sama secara PERCUMA.

Tip 1 – Soal Niat

“Apakah niat anda dan bagaimana anda raikan untuk diri serta ummah sejagat?”

Agenda kejayaan bermula pada soal niat kita.  Jika faham niat itu, lagi ghairah untuk menggalas amanah sebelum mewarnai lensa sang penulis. Apakah metafora yang kita mahukan?

Adakah anda seorang seperti berikut:
  • Penulis tegar buku kontemporari.
  • Pakar penulisan bisnes Islami.
  • Jutawan ayat riwayat.
Asas pembentukan niat terbit daripada ilmu yang benar dan keyakinan yang jitu.  Tugas kita adalah bagaimana berusaha mencari mentor yang layak mengislahkan diri hingga teratak abadi. Adaptasinya umpama, “Adakah apa yang aku buat ini untuk penghargaan makhluk atau keredhaan-Ku?”

Tip 2 – Belajar Meraikan Orang Lain

“Jangan tengok siapa yang bercakap tetapi ambil apa yang dikatakan asalkan baik-baik sahaja.”

Sikap menyangka diri lebih suci dari orang lain adalah pantang-larang bergelar penulis.  Kita seharusnya meraikan semua insan melainkan bermusuh dengan iblis dan syaitan.  Hari ini terlalu banyak terapi soal hati untuk diperbaiki dan diaplikasi.  Bisik pada diri, pilihan mana yang kita inginkan.

Mari kita mulakan dengan mathurat setiap hari.

Tip 3 – Tulis Buku

“Tanpa mentor, impian menjadi penulis buku syok sendiri selama-lamanya.”

Harga diri penulis terletak pada isi bukunya. Penulis yang tidak ada bahan mentah yang tepat atau diragui sumbernya sukar untuk menjawab amanah kepada ‘Hak Cipta Mutlak’ kelak. Benar, buku juga boleh dijadikan satu sumber duit yang lumayan namun jika piawaiannya menepati syarak itu lebih evergreen dari segala isi dunia.

Tenat! Serius! Seronok?

Alhamdulillah, sangat bersyukur kerana anugerah yang tidak pernah terfikir sampai ke lensa begini.  Meskipun baru bermula dan diakui masih hijau, namun seronoknya tidak dapat dinukilkan melainkan syukur dan bertuah dipilih-Nya.

Semoga 2 hari ajaib itu menjadi pemangkin untuk mulakan meditasi homework dan mulai bertindak sekarang!

Pengalaman diri, Allah Taala itu memberikan apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu.

Semoga Dia memberkati usaha mentor kami yang super dan magis itu.

Perintis Penulis Islami – Qalam Ardini

Hak Cipta Terpelihara Qalam Ardini 2013

Friday, 8 March 2013

TAK KENAL MAKA TAK BENCI

Salam Jumuah,

Sedikit kapsul anti-penuaan yang menjadi santapan nuraniku. Ianya tidak lengkap namun amat bermakna buat diriku sendiri.

Bagaimana iblis laknatullah dan syaitan menggoda kita? 
  • dengan syahwat
  • orang yang jahil
  • tidak mengingati Allah Taala
Siapakah yang ditakuti oleh iblis laknatullah dan syaitan?
  • orang yang ikhlas
  • orang yang banyak beristighfar
  • orang yang tawaduk
Perisai dari iblis laknatullah dan syaitan?
  • membaca surah al-mukminun ayat 96-98
  • membaca doa dari seorang ahli ibadah (Muhammad)
  • membaca taawudz dan 3 qul
Mari kita luangkan masa untuk mencatit doa dan ayat Quran sebagai pelengkap kepada nota yang sedikit ini.  Jom intai-intai di halaqahtv9 menerusi u-tube atau tonton.com.my.  Mathurat juga amat berkhasiat jika yakin dan istiqomah jika dijadikan teman akrab.  Selamat mencuba!


Thursday, 7 March 2013

KALIMAH HAMBA


SPECIAL CARD


PERUTUSAN KELAHIRAN

Salam Mahabbah,

Alhamdulillah, syukur kepadaNya dan sebanyak-banyak selawat istimewa buat Rasul S.A.W.  Bertuah kerana diizinkan menjalani kaligrafi pelangi oleh pencipta Mutlak.  Terima kasih tidak terucap buat bonda dan ayahanda kerana telah membuatkan kalian bangga dan teruja menanti kelahiran anakanda yang lain dari yang lain ketika itu.

Pasti saat membuahkan kasih sayang bertambah seri dengan kehadiranku.  Akulah yang paling bahagia membahagiakan dan sejuk mata hati kedua orang tuaku.  Sepanjang dipinjamkan mama ayah, aku tidak putus-putus mengucapkan syukur.  Semua kenangan bersama kalian tidak pernah pudar walau sedikitpun hingga saat ini.  Al-fatehah buat mama, ayah dan angah. 

Kini, memiliki cucu lelaki dariku terubat sedikit nurani meskipun tidak pernah sama nilainya.  Akan aku warnai seperti yang mama ayah ajarkan kepadaku menjadi perisai yang didambakan olehNya.  Nota kecil yang ketemui semakin mengukuhkan pertalian kasih sayang sejak mula disemai.  Tidak dapat aku gambarkan nurani waktu ketemuinya.  Pelbagai percaturan simfoni cinta tidak terhenti.

Semoga aku dapat berqasidah dengan mutiara nawaitu buat insan-insan yang amat kucintai dan kusayangi hingga ke syurga abadi.  Mahalnya destinasi super high class adalah marhaban buatku tidak jemu-jemu kerana keyakinanku mengatasi segala mehnah untukku dariMu.  Keluasan Rahman wa Rahim berbunga-bunga nuraniku mengalunkan mukjizatMu.

Mari lazimi bermathurat dan berselawat kerana khasiatnya selain percuma tetapi hakikatnya lebih kaya dari qarun.

Tahniah atas ulangtahun kelahiran!

Wednesday, 6 March 2013

SURI AROMA REFLEKSI

Salam Ukhwah,

Benar, kita disarankan agar bersangka baik dalam apa jua situasi.  Bukan mudah tetapi hasilnya sangat manis dan berseri-seri.  Keengganan sesetengah pihak tidak memberi respon kepada sesuatu perkara kepada pihak yang lain, seharusnya dijelaskan dengan komitmen. 

Amanah yang telah diberikan tetap mempunyai hak untuk dilestarikan.  Penghormatan wajar diraikan agar pihak lain tidak berasa kekurangan menguruskan soal hati.  Sejak berurusan hujung tahun lalu, masih lagi sepi tanpa khabar yang teruja. Ya, memaafkan adalah solusi.

Apapun, saya sentiasa mendoakan pihak tersebut diberi kemudahan dan kelapangan untuk memberikan respon sebagai inspirasi untuk kebaikan semua pihak.  Bertanya kepada ahli itu tidak segan kerana modalnya ialah ilmu dan amal yang ikhlas mengharapkan keredhaanNya jua.

Ibadah mabrur buahnya syurga.  Semoga kami sekeluarga pula bakal menyusul menjalani kembara rohani yang mampu menjadi realiti, in syaa Allah!

ENTRI KARYA MAYA

Salam Mahabbah,

Alhamdulillah, telah menemui satu planet baru bagi saya untuk menukilkan karya bagi meraikan trend meletup terkini.  Meskipun sedang belajar secara tidak formal, ianya bukan penghalang utama.

Buat masa ini sedang membuat kosmetik neutral sebelum dipersetujui oleh seorang hamba Allah yang amat komited melebarkan prospek seadanya.  Tahniah dan syabas!

Saya akui sedang dalam proses belajar kerana ilmu itu terlalu luas untuk dihiasi sebagai perisai duniawi hingga syurgawi.  Semoga Allah Taala memberikan kekuatan dan pertolongan tanpa henti.

Jom cinta ilmu selagi ianya menuju ke zon Ilahi!

Tuesday, 5 March 2013

LENSA MAJLIS BAROKAH

28 FEB 2013

Danial dan BIKIM telah meraikan keluarga seorang usahawan hebat di Tropicana.  Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin dan doa selamat buat menantu beliau dari Kuantan Pahang.  Kemudian majlis diteruskan dengan alunan marhaban yang amat menyentuh qalbu semua yang hadir.

Danial tidak keseorangan apabila jemputan dimeriahkan dengan teman seumur 9 bulan selepas sejam majlis.  Santapan 2 pek kek yang abi bekalkan bersama air jarang menambahkan keseronokan sebelum terlena dek keasyikan marhaban dari BIKIM.

Kami telah diraikan dengan buah tangan yang istimewa termasuk juadah yang lain dari biasa.  Menariknya selain nasi beriani sedaerah dengannya, disisipkan dengan juadah 'wajib' dari keturunan tuan rumah.  Keenakan santapan tengahari bertambah seri kerana berpeluang chat dengan Ija dan tidak menyangka menjadi mangsa snap oleh fotografer pro.

Kami seisi keluarga mengucapkan tahniah dan syabas kerana menjemput Danial, umi dan BIKIM ke walimatul urus Imran & Ija.  Selamat Pengantin Baru dan semoga Allah s.w.t. memberkati kalian berdua serta dikurniakan mahligai sakinah mawaddah wa rohmah hingga syurga, ameen yaa Rabb.

******************

01 MAC 2013

Pengalaman duduk secara live majlis ilmu halaqah tv9 telah membuka lembaran baru yang tidak berbayar dengan harga.  Syukur kerana diizinkan menjadi teman taman-taman syurga yang bahagia membahagiakan.

Sejam berlalu sungguh cemburu dan rekod baru telah tercipta.  Syabas warga2 yang memilih lokasi berhampiran kerana dapat menjadi sebahagian dari penyeri watak.  Biarpun menjadi sirah dan kenangan terindah, namun tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana terpilih.

Danish dan umi mengucapkan berbanyak terima kasih mahabbah kerana abi, Darwisy dan Danial berlapang hati menghantar kami.  Tahniah Darwisy, kerana menjaga Danial sewaktu abi menjemput kami.

Sempat menyambar Prof Pakar Mata & Inspirasi kerana aura optimis tanpa henti-henti melemparkan senyuman dan berkongsi ilmu kepada kami.   Semoga pertemuan sulung itu tidak terhenti di situ.  Terima kasih ukhwah fillah Prof, Doc dan Ustazah juga buat Ustaz Badli Shah serta AQ Tarmizi!