Salam Hari Guru,
Alhamdulillah...
Syabas dan Tahniah para guruku.
Nukilan ini teristimewa buat semua guru yang pernah mendidik saya sehingga saya menjadi diri saya sekarang. Tanpa didikan para guru, manalah mungkin saya waktu ini.
Saat manis bergelar pelajar tidak pernah pudar meskipun kurniaan itu telah berlalu. Semoga Allah s.w.t. selayaknya memberi ganjaran yang setimpal dengan semua jasa dan penat lelah mendidik saya.
Kini, setelah bergelar ibu, rasa bersyukur dan bertuah kerana para guru cahayamata kami telah komited mendidik 2D. Didoakan semoga Allah s.w.t. mengurniakan rahmat dan kesihatan teristimewa untukmu.
Al-fatehah buat para guru yang telah kembali ke rahmatullah.
S.E.L.A.M.A.T. H.A.R.I. G.U.R.U. daripada kami seisi keluarga... (^-^)
Thursday, 16 May 2013
Thursday, 2 May 2013
MEDIK BUKU
Saya dalam proses mencari bahan bacaan berkaitan perakaunan dan undang-undang perniagaan. Kedua-dua ilmu itu telah saya pelajari secara asas dan kini berhasrat untuk mengulangkaji bagi memastikan matlamat saya berhasil, in syaa Allah.
Saya juga amat meminati sirah atau sejarah kerana testimonial tersebut sangat membantu dari pelbagai segi terutamanya minda, nurani dan tindakan. Saya yakin, dengan persediaan yang berbaki akan memudahkan saya membuat tindakan luar biasa yang selalu dipesan oleh mu'alim yang ikhlas mendoakan kami semua.
Leaders are readers, yes... truth... and mumtaz...
Semoga Allah dan Rasul menjadi pembela saya hingga Jannah.

Subscribe to:
Comments (Atom)