Mengucap
dua kalimah syahadah, menjaga solat, puasa fardu, melunaskan zakat serta merancang
untuk menunaikan haji – ini tandanya kita taat perintah Allah seumpama menjaga
nyawa kita. Kita perkasakan dengan ilmu fardu ‘ain dan ilmu penyucian jiwa
(Tasawuf).
Di
waktu yang sama, kita pelajari ilmu akidah atau mentauhidkan Allah. Bagaimana?
Meyakini soal asas iman, Islam dan ihsan.
+
Beriman kepada Allah.
+
Beriman kepada Malaikat.
+
Beriman kepada Rasul.
+
Beriman kepada Kitab.
+
Beriman kedapa Hari Kiamat.
+
Beriman kepada Qadak dan Qadar.
Kesemua
ini perlu kita zahirkan dengan hati, lisan dan perbuatan. Dalam soal memillih
jodoh, Nabi s.a.w. beri kita panduan. Ketaatan kepada penghayatan cara hidup
Islam, bakal menjadi tanda aras memilih pasangan.
Sebelum
bersetuju membina masjid bersama pasangan, kita wajar kenali dahulu. Bahkan
ianya telah dipraktikan sendiri oleh puteri kesayangan Nabi s.a.w. Fatimah
az-Zahra’ kenal Ali Bin Abi Talib. Kenal bukan bercouple.
Menerusi
perkenalan yang sangat terhormat dan penuh adab, suasana telah mendorong
pasangan serta ahli keluarga mempertautkan fitrah seorang insan. Jika masih
tidak yakin, kita gunakan saluran istikharah. Insya-Allah, bercinta selepas sah
bergelar suami isteri lebih sakinah, mawaddah wa rahmah.
Imarahkan
Masjid Bersama
Kita mahu bercinta sambil mencipta masjid sepanjang
bersama pasangan dan keluarga. Syaratnya, kita letakkan Allah dan Rasul
mengatasi cinta yang lain. Penuhi ketaatan tanpa membuta tuli. Hayati sunnah
Nabi s.a.w. bagi mengundang kasih sayang Allah dalam rumah tangga.
Biasakan untuk membuat
perkara berjemaah. Suami imam, isteri dan anak-anak makmum. Ajar anak-anak
cintakan Nabi s.a.w. keluarga Nabi s.a.w. dan membaca al-Quran. Jika sebelum
bernikah kita telah biasa dengan sunnah tadi, insya-Allah kita beroleh rahmat
dan reda Allah.
Kunci sakinah, mawaddah
wa rahmah itu ialah:-
+ komited dengan itqan.
+ rezeki yang halal dan
baik.
+ saling ringan tulang
baik suami dan isteri dalam semua segi.
“Dan kahwinkanlah orang-orang
bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, lelaki dan perempuan. Jika
mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah
kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha
Mengetahui.”
[Terjemahan
an-Nur ayat 32]
HAK CIPTA TERPELIHARA 2016 @ QALAM ARDINI
