“Amboi!
Menung apa tu?”
“Ayah! Terkejut
Lauzah.”
“Teringat
siapa?”
“Maaf. Apa ayah cakap
tadi?”
“Ayah
tanya, fikir apa?”
“Adalah. Malu mahu
cerita.”
“Lauzah
risaukan ayahkah?”
“Mana ada. Lauzah
okay.”
“Tengok gaya, macam tak okay. Kenapa ni?”
“Banyak yang Lauzah
fikirkan. Bingung.”
“Fikir
apa? Berdebar untuk bergelar isteri solehah?”
“Itu salah satunya.
Bahagia, gembira, sedih dan macam-macam yang Lauzah rasa.”
“Itukan
fitrah. Fikir campur zikir sama dengan Ulul Albab.”
“Subahanallah!
Kalkulator rumah tangga?”
“Ya.
Anak ayah bakal berumah tangga. Ayah yakin, Lauzah sudah bersedia.”
“50-50. Sedih, sebab
lepas ni, Lauzah tak boleh bermanja dengan ayah lagi.”
“Lauzah
bermanjalah dengan suami mithali.”
“Yang pasti, kasih
sayang ayah tiada pengganti.”
“Betul
Lauzah sayangkan ayah?”
“Mestilah. Ini soal
hati dan perasaan. Mana boleh kongsi.”
“Lepas
ni, ianya perlu dibahagi.”
“Bahagi dengan siapa?”
“Bahagi
dengan Allah, Rasul, suami, ibu, ayah, mentua, ipar-duai, anak-anak, keluarga
dan sanak saudara.”
“Perkongsian syarie
tanpa kompromikah?"
“Ya.
Ibarat sebiji kek. Perlu dikongsi. Asasnya minda, spiritual dan jasmani.”
“Agak subjektif. Lauzah
kena cuba dahulu.”
“Ingat,
taqwa pada Allah walau di mana Lauzah berada.”
“Nampaknya Lauzah perlu
jujur dalam soal cinta. Waktu yang sama, mujahadah bila cinta diuji.”
“Memang
benar.”
“Bagaimana pula, fikir
campur zikir sama dengan Ulul Albab?”
“Oh,
soal itu. Buat apapun misinya akhirat. Ladangnya dunia. Alatnya, belajar dan
beramal.”
“Ini peluang baru.
Lauzah pasti boleh!”
“Insya-Allah.
Jika beginilah fikrahnya, ayah doakan bahagia hingga syurga.”
“Amin Yaa
Rabbal’alamin.”
“Wanita
bergelar isteri dan ibu, kuncinya 3S.”
“Apa yang 3S tu ayah?
“Solat,
sabar dan syukur.”
“Masya-Allah! Selain
itu?”
“Sabar.
Sabar. Sabar.”
“Allahukbar! 3S + 3S =
6S. Formula tu, untuk suami ke isteri?”
“Tentulah
buat suami dan isteri.”
“Okay. Ayah, betulkah
mendidik anak itu, bukan perkara mudah?”
“Memang
benar. Rujuk buku Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 1 dan 2 – Abdullah Nasih
‘Ulwan.”
“Subhanallah! Tentu
buku tu hebat dan menarik.”
“Insya-Allah.
Bacalah dengan mata hati. Mudah dan praktikal.”
“Bagaimana jika kami
tidak mampu melahirkan generasi Ulul Albab?”
“Ayah
rotan Lauzah dulu!”
“Ayah, Lauzah serius
ni.”
“Muhasabah
puncanya. Semak solat fardu dan baiki.”
“Realitinya, pengalaman
dan cabaran, akan mendewasakan. Usaha tangga kejayaan.”
“Lauzah tahu tak, bahagia itu kita cipta di sepanjang
jalan?”
“Lauzah setuju. Itupun
sebab restu.”
“Jadikan
iman dan amal soleh, pendamping akrab hingga hujung usia.”
“Insya-Allah.”
“Jika
diuji, bukan mengadu di laman sosial.”
“Ada klinik khas ke
ayah selain laman sosial?”
“Klinik
khas tu, tiadalah. Penawarnya, ada.”
“Bagaimana ayah?”
“Bacalah
kalamullah. Hayatilah maksudnya. Mahu atau tidak, ingat mati.”
“Jika hati masih
resah?”
“Komunikasi
amat penting. Pemilihan perkataan. Sesekali tersasul, biasalah.”
“Lauzah ego. Lelaki pun
ada ego.”
“Lelaki
yang baik, untuk wanita yang baik. Suami yang soleh, ada sifat pemimpin.”
“Ini kes berat!”
“Mahu
atau tidak, diri kita mesti baik dahulu.”
“Subhanallah! Yang
pasti, Lauzah tidaklah mengharapkan bintang dan bulan.”
“Kita yang mencipta suasana, bukan suasana menguasai
kita.”
“Maksud ayah, silap itu
datang dari Lauzahkah?”
“Tidak
semestinya. Jika ada silap faham, bincang dari hati ke hati. Jauhi prasangka,
kerana ianya dusta dan binasa.”
“Ayah, bolehkah dia
menyayangi Lauzah sama seperti ibu dan ayah?”
“Boleh. Pastikan, Allah dan Rasul lebih kita cintai.
Barulah suami. Insya-Allah, cerah hidup Lauzah.”
“Mentarbiyah permata
soleh dan solehah, mesti susahkan?”
“Perlukan pengorbanan dan mujahadah. Ianya tanggung jawab
suami dan amanah isteri.”
“Lauzah harap, biarlah
anak-anak cinta Nabi, cinta keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”
“Insya-Allah. Jika kita sayang anak-anak, didiklah dengan
apa yang Allah dan Rasul kata.”
“Lauzah teringat, yang
bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.”
“Memang
benar. Libatkan campur tangan Allah setiap saat.”
“Ayah, tolong rahsiakan
cerita kita.”
“Insya-Allah. Biarlah rahsia.”
“Biar pecah di perut,
jangan pecah di mulut.”
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.





