Monday, 23 June 2014

Konvensyen Penulisan II

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...

Bersyukur dan bertuah kerana memilih untuk menambah ilmu bagi memastikan diri di atas jalan yang betul.

Saya amat berterima kasih kerana kesemua panelis bersungguh-sungguh memberi khabar gembira dan ingatan dalam bidang profesional ini.

Para panelis dan penganjur adalah mentor saya. Mereka amat saya segani dan hormati.

Biarlah aura positif para mentor mewangi kepada semua peserta yang hadir. 

Antara mutiara informasi buat refleksi diri ialah:-

Kit Tiruvasi - BMC oh BMC - Time Management - Risk Solution - Corporate Governance - Social of Ethics - Embrace Techno - Tauhidic Framework - World Class Route - Just Do It! - 

Alhamdulillah, saya dapat menghantar manuskrip dan sekarang dalam penilaian. Moga Allah perkenankan usaha kecil kami ini hendaknya.

Insya-Allah, saya dalam proses membuat proposal bagi menjejaki seorang mentor yang bertukar bidang dan terbukti berjaya. 

Yang penting, tindakan... tindakan... tindakan...

Pada saya, inilah Israk Penulis dan Mikraj Perbukuan yang wajar saya cuba kerana ianya bukanlah mustahil.

Tahniah dan moga semua yang terlibat mendapat rahmat dan reda Pencipta.

Saturday, 12 April 2014

Hobi Itu Kerjaya

Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Moga apa yang Engkau pinjamkan ini menjadikan kami taqarub kepada-Mu.

Jadikan kami orang yang bersyukur untuk mentaati segala perintah-Mu dan menjauhi segala cemburu-Mu.

Terimalah semua wakaf jariah kami dan bantulah kami untuk terus menjadi hamba-Mu.

Sesungguhnya, rezeki-Mu amatlah luas tanpa had maka limpahkan rezeki yang berkat lagi baik buat kami.

Al-Fatihah buat bonda, ayahanda, adinda serta orang-orang yang telah kembali kerahmatullah.

Jadikanlah persemadian itu umpama taman-taman syurga.

Tanpa doa kedua ibu bapa, siapalah kita pada hari ini.

Mari bersyukur dengan yang sedikit, dan bersabar dengan solat sewaktu diuji.

Friday, 7 March 2014

Permata Nurani

Bismillah.

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Syukur tidak terhitung padaNya kerana Imam Muda Danial genap berusia 2 tahun.

Moga majlis sambutan tempoh hari seisi keluarga tercinta diredai dan diberkati jua.

Tidak ada yang lebih bermakna melainkan menjadi khalifah dan hamba Allah yang Esa. Jadilah penerus perjuangan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

Amin yaa Rabbal 'alamin.

3 Jamadilawwal 1435H | 5 Mac 2014

***********


Wednesday, 8 January 2014

Celik Minda, Reset Hati, Ibrah Diri

Salam Rabiul Awwal,

In syaa Allah, sedang menajamkan tinta dan pena bagi berkongsi maklumat. Apapun, saya akan pastikan nukilan saya dari sumber primer dan sekunder.

Ilmu baru yang diperolehi dari pancaindera Jumaat lepas sungguh menginsafkan hati.

5 Fasa Masa. Ini adalah satu peringatan soal tempoh zaman ummat Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam.

 1- Fasa Nubuwah | Ini adalah tempoh Nabi sallahu 'alaihi wasallam ketika hayat 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah al-Munawarah.

2- Fasa Khulafa ar-Rasyidin | Tempoh hayat para sabahat sallahu 'alaihi wasallam seperti Abu Bakar, Umar al-Khatab, Uthman Affan dan Ali rahimullah.

3- Fasa Abbasiyah, Muawiyah dan Uthmaniyah | Tempoh hayat para tabii dan tabiin.

4- Fasa  Mulkan/Jabarian atau Diktator | Tempoh hayat adalah pada masa kini dimana pemerintahan berasaskan kekuatan. Kita berada di era kemuncak fasa ini menurut ulamak.

5- Khilafah Nubuwah | Tempoh hayat antara Fasa 1 dan Fasa 2.

Mari kita jadikan Allah sebagai matlamat, Rasul dan sunnah sebagai darah daging. Iringi dengan amal makruf nahi mungkar dengan banyak merujuk kitabullah.

Jejaki ulamak, media elektronik dan cetak yang benar bagi memastikan kita tidak terjebak selain dari amalan sahih ahli sunnah wal jamaah.

Salam Maulud Rasul dari kami seisi keluarga. Amat benarlah, wasatiyyah tonggak kesatuan ummah.

Apakah nilai dan sumbangan kita sebagai tanda cinta Ilahi, Rasul dan agama?

Sesungguhnya, hanya Islam satu-satunya penyelamat kita dunia akhirat.



Semarak Celik Minda, Reset Hati dan Ibrah Diri berjemaah.