Thursday, 30 July 2015

Israk Suami, Mikraj Isteri

"Suamiku, kami mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, maka hilanglah cinta kami padamu."

Justeru, kami dalam menyulam destinasi bak taman syurga, mendamba misi kami.
Travelog ini dikalungi mutiara mahligai kayangan tautan Ilahi.
Mahu atau tidak, persis pelangi memayungi:-

ASPIRASI daripada isu kronik wanita pada masa hadapan.
BEBAS daripada silap faham soal wanita.

MENAMBAH ilmu wanita buat diri, pasangan, anak-anak dan keluarga.
TAHU bagaimana mengurus isu wanita.

MENCAPAI matlamat sebagai wanita syurgawi.
JAMINAN syurga abadi.

TIP memburu wanita yang diredai Allah.
BELAJAR memiliki ciri-ciri wanita syurga.
MERANCANG keluarga mithali.

TIP mengurus asam garam rumahtangga.
MENDIDIK keluarga gaya Nabi.
TAHU cara mudah dan mesra sebagai amalan.
PANDUAN mencipta keluarga mithali.

MELABUR saham dunia hingga akhirat.
MENAMBAH pengetahuan tentang pengurusan hal ehwal wanita secara Islamik.

Mengapa? Kerana.....


Yang merah itu cinta,
Yang biru itu rindu,
Yang indah itu setia,
Yang bahagia itu qalbu.

Alhamdulillah, syukur kerana selaut nikmat yang tak bertepi pinjaman-Nya.
Mampukah kami membayar dengan amanah suami dan tanggung jawab isteri untuk-Mu Ya Rabb?

"Ya Rabb, berilah rahmat kepada kami daripada sisi-Mu dan berikanlah petunjuk kepada kami dalam menjalani segala urusan kami.
Hiasilah kami dengan Nur dan reda-Mu sepanjang menjalani kehidupan kami."

Moga rimbunan mawaddah wa rahmah ini, barakah hingga ke Jannah Firdausi.
Cinta, kasih, sayang dan rindu kami, hanyalah buat kekasih hati kami yang seorang ini.
Salam Mahabbah dulu, kini dan selamanya.