Salam Rabiul Awwal,
In syaa Allah, sedang menajamkan tinta dan pena bagi berkongsi maklumat. Apapun, saya akan pastikan nukilan saya dari sumber primer dan sekunder.
Ilmu baru yang diperolehi dari pancaindera Jumaat lepas sungguh menginsafkan hati.
5 Fasa Masa. Ini adalah satu peringatan soal tempoh zaman ummat Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam.
1- Fasa Nubuwah | Ini adalah tempoh Nabi sallahu 'alaihi wasallam ketika hayat 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah al-Munawarah.
2- Fasa Khulafa ar-Rasyidin | Tempoh hayat para sabahat sallahu 'alaihi wasallam seperti Abu Bakar, Umar al-Khatab, Uthman Affan dan Ali rahimullah.
3- Fasa Abbasiyah, Muawiyah dan Uthmaniyah | Tempoh hayat para tabii dan tabiin.
4- Fasa Mulkan/Jabarian atau Diktator | Tempoh hayat adalah pada masa kini dimana pemerintahan berasaskan kekuatan. Kita berada di era kemuncak fasa ini menurut ulamak.
5- Khilafah Nubuwah | Tempoh hayat antara Fasa 1 dan Fasa 2.
Mari kita jadikan Allah sebagai matlamat, Rasul dan sunnah sebagai darah daging. Iringi dengan amal makruf nahi mungkar dengan banyak merujuk kitabullah.
Jejaki ulamak, media elektronik dan cetak yang benar bagi memastikan kita tidak terjebak selain dari amalan sahih ahli sunnah wal jamaah.
Salam Maulud Rasul dari kami seisi keluarga. Amat benarlah, wasatiyyah tonggak kesatuan ummah.
Apakah nilai dan sumbangan kita sebagai tanda cinta Ilahi, Rasul dan agama?
Sesungguhnya, hanya Islam satu-satunya penyelamat kita dunia akhirat.
Semarak Celik Minda, Reset Hati dan Ibrah Diri berjemaah.
