Mula menulis sejak di era remaja.
Melukis sebagai terapi deria.
Komik, novel, majalah teman setia.
Minat sukan ternobat juara.
Mula menulis setelah tepu membaca.
Berkali mencuba masih kurang sempurna.
Buat berani asal siap sedia.
Karya ditempa melayan tinta.
Rezeki itu Maha Besar silibusnya.
Mahu atau tidak gayakan seadanya.
Selenggara ikut gaya orang berjaya.
Usaha waja seutuh jihad asalnya.
Gagal bukan melayan kecewa.
Iltizam pemujuk lara kononnya.
Berjaya ada mahar dan nisabnya.
Komitmen solusi melakar cinta.
Bengkel sudah seminar meriah.
Majalah sudah melakar sejarah.
Arus perdana cekal menongkah.
Visi ini bertaut halaqah.
Nukilan Qalam Ardini.
13.01.1437H | 26.10.2015M.
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.
No comments:
Post a Comment