Monday, 3 August 2015

Magnet Taqwa


Sesungguhnya, buah taqwa itu sentiasa ada dalam apa jua bidang yang kita ceburi. 
Justeru, sukacita saya kongsikan informasi ini buat peringatan diri dan para pembaca yang dirahmati.
Saya setuju dengan beliau. Mengapa? 
Kerana sampai bila-bila pun, matlamat tidak pernah mengHALALkan cara. 
Ikuti tinta beliau berkaitan 'intellectual property' dengan rendah hati.
*******
"Rakan-rakan,
saya benarkan sahaja karya saya, baik di dalam buku-buku atau di laman sosial, di'copy-paste' untuk tujuan berkongsi dengan orang ramai. Tidak perlu minta izin pun. Yang penting, diletakkan kredit, dinyatakan bahawa artikel itu, cerpen itu, puisi itu, perenggan itu, adalah hasil karya Hilal Asyraf. Begitulah juga sepatutnya sikap kita terhadap orang lain.
Mungkin ada yang akan bangkitkan hal ikhlas atau tak ikhlas. Buat apa nak kena sebut nama dan sebagainya. Ini bukan perbahasan ikhlas atau tidak. Ikhlas ni antara hamba dengan Allah SWT. Ini persoalan hak. Sikap dan adab antara sesama manusia. Kita pun tahu kalau pinjam barang orang, kita tak sepatutnya kata itu barang kita.
Artikel, puisi, cerpen, novel, bukan terhasil spontan sahaja. Ada prosesnya yang panjang. Tiba-tiba kita ambil karya tersebut, letakkan di 'page dakwah' milik kita, tanpa letakkan kredit kepada tuan punya. Tak ubah seperti perompak. Cuma bezanya, yang dicuri ialah 'intellectual property'.
Bagus nak berdakwah, bagus nak kongsi benda baik. Baguskan lagi dengan belajar hormat tuan empunya barang.
Tak minta izin tak apa untuk karya-karya saya.
Asalkan diberikan kredit.
Disiplinkan diri.
Sama-sama kita teruskan proses lengkap melengkapi ini dengan lebih baik insyaAllah."
Nukilan Saudara Hilal Asyraf.
Penaku, Dakwahku! 


No comments: