Wednesday, 5 August 2015

Berjihad Dengan Susu Ibu


Kerap juga saya menerima pertanyaan sebegini: “Ustazah, saya cadang jihad fisabilillah. Jadi saya hendak berperang. Apa amalan terbaik untuk saya jihadkan?”
Lalu mereka terkejut apabila saya menjawab begini: “Tidak usahlah puan berjihad. Sebaliknya, puan gantikan “rancangan jihad” dengan melengkapkan soal penyusuan ibu dari sekarang!”
Saya menyambung: “Kalau sebelum ini puan sanggup dan mampu untuk berjihad hamil 9 bulan 10 hari, maka rancang kehamilan sekarang. Kalau puan berjihad untuk menyusukan bayi, menyusukanlah sekarang."
“Jika puan hendak juga, bolehlah puan menyusukan 2 tahun penuh selepas melahirkan si comel baik bayi lelaki atau bayi perempuan sebagai tanda bersyukur. Apa-apa amalanpun tidak mengapa.”

Rahsia Susu Ibu.

Secara umumnya ada tiga kewajipan wanita bergelar  isteri dan ibu itu berjihad kepada Allah:

1-Makanan pelengkap
Wanita itu dikira berjihad jika dia ingin menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun genap. Selain mengandungi nutrisi seimbang, komposisi air yang bersih tanpa kurang adalah sebanyak  90% pelengkap makanan bayi. Ianya sekaligus mempercepatkan pertumbuhan sel otak dan perkembangan sistem saraf dalam tempoh tersebut.

2-Sebagai kesihatan
Jihad ini boleh memupuk kasih sayang utuh selain mudah dihadam, mengandungi antibodi tinggi  bagi menghalang kembung perut, alahan, radang, masalah jantung, pernafasan serta komplikasi penyakit kronik lain. Sekaligus mencegah daripada jangkitan kuman, virus, kanser dan risiko penyakit.

Dalam istilah fiqah disebut mencegah lebih baik daripada mengubati.

3-Semata-mata kerana Allah
Jihad ini tidak dijanjikan oleh sebarang habuan tetapi lebih kepada tautan kasih ibu sayang bayi. Bahkan, seseorang itu berjihad semata-mata kerana Allah. Boleh jadi atas dasar kegembiraan atau kesyukuran. Contohnya: “Alhamdulillah aku kini bergelar ibu. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menyusukan bayi ini genap 2 tahun!”

Jadi bukankah semarak intelektual, spiritual dan fizikal si comel dambaan para ibubapa?

Ramai wanita tertipu dengan istilah jihad. Realitinya, kuasa susu ibu ini harus didedahkan dengan lebih interaktif dan progesif. Nikmati saat-saat penyusuan dengan penuh keemasan dan keindahan. Kuasa itu menjana aura luar biasa jika dilakukan dengan komitmen. Betulkan yang biasa dengan melahirkan suri teladan “itu” semula.

*** NOTA PENGHARGAAN - Artikel ini pernah disiarkan oleh Telaga Biru Isu 59. Terima kasih Majalah Solusi.

Apapun, alhamdulillah. Syukur kerana saya berjaya menyusu badan kesemua cahaya mata kami hingga ke saat ini. Ampunan dan reda-Mu jualah yang kami harapkan. Salam Mahabbah dan TAHNIAH kerana berjihad dengan susu ibu!



HAK CIPTA TERPELIHARA @ QALAM ARDINI 2015


No comments: