Monday, 30 November 2015

Klinik Pena

"Antara menulis judul dan menulis bahan, mana yang dianjurkan?"
"Menulis dahulu. Judul kemudian pun tak apa."
Fajwah memberanikan diri menyoal Penulis Cinta 3 Rasa.
"Abu Bakar adalah khalifah dan sahabat Nabi s.a.w. yang hebat. Beliau mendirikan istikharah hampir sebulan sebelum menulis." – Penulis Fiqh Kewangan Islam.
"Setelah tulisan siap, saya menjualnya kepada teman-teman. Ternyata mereka suka. Terkejut kerana buku-buku saya diterima pembaca." – Oki Setiana Dewi.
"Letakkan Allah dan Rasul sebagai prioriti. Belajar dan amali perlu seiring. Serahkan hasil kepada Rabbul Izzati." – Penulis Skrip Aku Ada Wali.
"Saya letak ayat Allah dan hadis Nabi s.a.w. sebagai penutup supaya pembaca berfikir gaya Ulul Albab." – Pelopor Blog saifulislam.com
llmu penulisan telah merungkai persepsi kenapa dan bagaimana menulis sebagai kerjaya. Semangat Fajwah makin berkobar lalu menyambung manuskrip hingga terhasil beberapa proposal yang masih tersimpan rapi.
“Adakah ini yang terbaik ya Rabb? Sejauh manakah istikharah cinta ini pada-Mu?
Jika ya, Kau permudahkanlah dan berkatilah penulisan kami.”
Selang sebulan lebih, Fajwah nekad menyertai bengkel seterusnya. Kali ini, 2 hari lamanya. Sarat dengan ilmu teori dan praktikal untuk dicuba. Lebih interaktif sambil bertukar-tukar pengalaman.
Fajwah tidak malu bertanya. Semua persoalan telah terungkai. Laluan untuk menulis di depan mata. Alhamdulillah, dua buah manuskrip dikupas dan diperkemas.
Fajwah terkandas menyiapkan dua proposal kerana memberi tumpuan penuh manuskrip yang mula-mula diselenggaranya. Semangatnya rapuh kerana proposal penuh masih tidak diketahui nasibnya. Fajwah mencari jalan untuk menyiapkan juga proposal buku bisnes. Tertangguh kerana beralih tumpuan menyumbang artikel.
Fajwah mula rasa ada sesuatu yang tidak kena. Fajwah cuba menyertai bengkel motivasi bagi mengesahkan genre penulisannya. Di sinilah Fajwah bertaut ukhuwah dengan Penulis Kerana Aku Hamba-Nya.
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.



No comments: