"Assalamualaikum
Fajwah. Ini Puan Qisrania."
"Wa’alaykumussalam,
ya saya."
"Ini
soal manuskrip tempoh hari. Pihak pengurusan kurang bersetujulah untuk
terbitkan. Setelah diteliti, ada kekurangan dari segi fakta."
"Baik,
bagaimana saya boleh menambah baik ya Puan?"
"Itulah, jika
Fajwah seorang pakar bidang yang spesifik, kami akan terima."
"Jadi
sekarang, tidak ada peluang untuk dibaiki?"
"Pihak kami tak
dapat terbit kerana ia kurang bersesuaian. Cuba baca beberapa contoh buku
terbitan kami. Jadikan inspirasi."
"Ada,
saya telah membelinya sewaktu pesta buku. Maaf, idea saya tidak
relevankah?"
"Beginilah, pihak
kami dalam proses menerbitkan majalah baru. Kami tawarkan Fajwah menjadi
kolumnis bagi isu fokus dan isu bebas."
"Jika
begitu, manuskrip saya tak boleh dijadikan bahankah?"
"Nanti kita
tengok. Jika bersesuaian, mungkin perlu diolah. Setiap keluaran kami, ada tema
bulanan."
"Baik,
saya akan baiki. Bilakah projek ini bermula?"
"Nanti saya
maklumkan kemudian. Selaku editor, saya cadangkan Fajwah olah penceritaan.
Kurangkan fakta. Buat cerita santai. Tetapi mesejnya tetap bermanfaat kepada
pembaca."
"Insya-Allah,
saya cuba. Siapakah sasarannya Puan?"
"Projek ni untuk
remaja lewat belasan tahun hingga lewat dua puluhan."
"Beri
saya tempoh untuk buat ulang kaji sedikit."
"Boleh. Fajwah
punya manuskrip bagus, tetapi olahkan fakta menjadi penceritaan yang
menarik."
"Baik.
Insya-Allah, terima kasih Puan Qisrania."
Percubaan
Fajwah telah dibaiki. Teknik penulisannya berjaya menambat hati editor. Sejak
itu, Fajwah diberikan mandat untuk menulis artikel bagi isu fokus dan isu
bebas. Panjang artikel tidak melebihi enam ratus patah perkataan.
Tawaran
ini bermula dari bulan Jun 2014 hingga Febuari 2015. Keluarannya terpaksa
ditamatkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Fajwah akur dan menghormati
keputusan pihak pengurusan penerbit Aeropelangi.
Nampaknya,
Fajwah perlu mencari jalan bagaimana manuskrip Potret Tertangguh menjadi buku.
Tanpa berlengah, Fajwah mengirim proposal menerusi emel. Memilih untuk
mengikuti bengkel penulisan motivasi, telah memperkemaskan lagi manuskrip itu.
Kali ini, Fajwah lebih yakin kerana belajar yang diakui oleh masyarakat,
seorang ahli perbukuan.
Hati
Fajwah berbunga-bunga kerana respon dari beliau sungguh mengujakan. Semangat
Fajwah makin jelas, bagaimana Potret Tertangguh bakal menemui pembaca. Idea
yang datang mencurah-curah telah ditaip demi amanah dan ihsan.
Sedang
rancak menunggu keputusan editor, Fajwah menyiapkan proposal kedua. Status
lulus terbit Potret Tertangguh menjadi jambatan untuk makin serius menulis.
Hobi menulis telah bertaut menjadi kerjaya profesional dengan merujuk para
penulis sukses.
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.

No comments:
Post a Comment