Wednesday, 25 November 2015

Seindah Sabar

"Fajwah, I cuba telefon you tak jawab. Takpa, kami dapat arahan untuk kemas barang. You punya peti ais ni, apa cerita?"
"Bukankah I dah amanahkan you untuk menjaganya? Jadi, mohon kosongkan barang-barang dalam tu. Terima kasih."
"For your info, I tak jadi bawa peti ais tu dari tingkat satu ke tingkat dua. Staff tingkat satu yang guna."
"Since you yang masih contact I, I harap you assist I. Insya-Allah kami datang lepas Zuhur."
"Ok, will do it now."
Alangkah terkejut mendengar adik Fajwah bercerita bagaimana Puan Sirin berlepas tangan dan enggan bekerjasama. Peti ais yang ditempatkan sejak 2008 milik Fajwah sukar di bawa keluar. Menurut pegawai keselamatan, peti ais ini tiada isu sekiranya Puan Sirin menurunkan tandatangan di borang khas.
"Dari tadi Basyar sekejap naik, sekejap turun, lepas tu naik balik. Tak sangka, nama sahaja gah tetapi pekerjanya entahlah."
"Pegawai keselamatan tu memang nak tolong. Tetapi dalam keadaan syarikat macam ni, silap haribulan dia juga akan dipersoalkan."
"Astaghfirullahal'azim. Biarkanlah dia."
"SMS bukan main manis lagi. Sekali berurusan, nauzubillah!"
"Maaflah Basyar. Tak sangka sampai jadi begini."
"Tahu tak Puan Sirin buat telemovie. Memekak naik bingit telinga ni, asyik-asyik cakap sepatutnya you datang dengan Fajwah. Dia pernah kerja sini, dia tahu apa nak buat. I tak nak campur."
Laailahaillallah. Fajwah cuba mengawal emosi dengan apa yang disampaikan. Sedih. Geram. Terkejut. Rasa nak berdepan dengannya pun ada.
Nak balas SMS? Memang buang kredit sahaja. Biarkanlah. Patutlah Fajwah tiada hati langsung untuk pergi bersama. Alhamdulillah. Syukur sebab Allah pelihara kami dalam keadaan yang getir itu.
"Basyar pun hairanlah, Fajwah boleh bertahan dengan ragam macam tu?"
"Berlagak mengalahkan merak. Basyar hanya fikir Fajwah tadi. Kalau jumpa kat luar, tahulah nasibnya."
"Cukuplah Basyar. Maaflah. Kerana peti ais Fajwah, Basyar terbabit sama."
"Insya-Allah, Basyar ok. Gimik aja tu. Tak apalah, usah dilayan. Belajar pun, tak kritikal macam ni."
Khabarnya, mereka diarahkan untuk berkemas. Ada yang perlu berpindah. Ada yang meletakkan jawatan. Ada juga yang menamatkan perkhidmatan. Pertukaran berlaku dari semua peringkat bawahan hingga atasan.
Peti ais itu milik Fajwah. Ianya telah dibawa ke pejabat untuk menyimpan susu perahan. Sejak melahirkan anak kedua pada 2008 hingga insiden diatas terjadi, ianya masih elok. Tidak sangka peti ais itu terlalu sukar untuk dibawa keluar.
Sebelum ini, bekas rakan sekerja mahu beli tetapi Fajwah enggan menjualnya. Lebih elok jika peti ais itu dikongsi dengan rakan sejabatan ketika itu. Sampai saat ini, tidak pasti apa nasibnya.

Ampunkanlah kami Ya Rabb.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.


No comments: