AL-FATEHAH
Insan yang
menjadi sahabat kala memakmurkan bumi telah menemui penciptaNya. Meskipun
terasa kehilangan, kami berusaha untuk tabah dan meneruskan pelangi kehidupan
seisi keluarga. Benar, ianya ujian proses
memperkasakan diri namun simfoni kasih sayang yang tidak pernah sirna mengatasi
kehendakNya.
Segala mutiara
gaya hidup yang eksklusif tersimpan kemas di album nurani. Kini menjadi media dan
biografi meraikan kehadiran insan tersayang hingga syurga abadi. Syukur dan terima kasih kerana pernah menjadi
sebahagian testimonial yang mengagumkan dan amat memahami diri ini. Semalam adalah takdir, hari ini adalah
peluang dan esok adalah ganjaran.
Semoga ayahanda
tersayang tenang dan aman di alam sana bersama orang yang sejahtera termasuk
bonda dan dinda tercinta. Hanya kiriman doa dan salam fatehah tanda rindu anakanda
sekeluarga.
* Belangkasuka Khamis
Bin Abdul Hamid 30 Sept 1949 – 12 Mac 2001 *
AL-FATEHAH
HAK CIPTA TERPELIHARA @ QALAM ARDINI 2013
No comments:
Post a Comment