Salam Mahabbah,
Alhamdulillah, syukur kepadaNya dan sebanyak-banyak selawat istimewa buat Rasul S.A.W. Bertuah kerana diizinkan menjalani kaligrafi pelangi oleh pencipta Mutlak. Terima kasih tidak terucap buat bonda dan ayahanda kerana telah membuatkan kalian bangga dan teruja menanti kelahiran anakanda yang lain dari yang lain ketika itu.
Pasti saat membuahkan kasih sayang bertambah seri dengan kehadiranku. Akulah yang paling bahagia membahagiakan dan sejuk mata hati kedua orang tuaku. Sepanjang dipinjamkan mama ayah, aku tidak putus-putus mengucapkan syukur. Semua kenangan bersama kalian tidak pernah pudar walau sedikitpun hingga saat ini. Al-fatehah buat mama, ayah dan angah.
Kini, memiliki cucu lelaki dariku terubat sedikit nurani meskipun tidak pernah sama nilainya. Akan aku warnai seperti yang mama ayah ajarkan kepadaku menjadi perisai yang didambakan olehNya. Nota kecil yang ketemui semakin mengukuhkan pertalian kasih sayang sejak mula disemai. Tidak dapat aku gambarkan nurani waktu ketemuinya. Pelbagai percaturan simfoni cinta tidak terhenti.
Semoga aku dapat berqasidah dengan mutiara nawaitu buat insan-insan yang amat kucintai dan kusayangi hingga ke syurga abadi. Mahalnya destinasi super high class adalah marhaban buatku tidak jemu-jemu kerana keyakinanku mengatasi segala mehnah untukku dariMu. Keluasan Rahman wa Rahim berbunga-bunga nuraniku mengalunkan mukjizatMu.
Mari lazimi bermathurat dan berselawat kerana khasiatnya selain percuma tetapi hakikatnya lebih kaya dari qarun.
Tahniah atas ulangtahun kelahiran!
No comments:
Post a Comment