Memilih arena penulisan bukanlah mustahil. Realitinya, berapa ramai yang komited untuk mengajar, membongkar dan berkongsi dengan kepakaran itu?
Justeru, jika anda ada cerita ringkas, pengalaman atau hobi, inilah masanya anda merebut karier sebagai penulis. Biarpun, bermula di fb, blog atau diari semuanya boleh dinukilkan menjadi rujukan umum kepada masyarakat yang sentiasa dahagakan ilmu.
Ini adalah khasiat yang saya pasakkan sebagai menyahut gelaran penulis selama bertalaqqi dengan mentor dan para sahabat. Mari kita fahami dan aplikasikan bersama-sama secara PERCUMA.
Tip 1 – Soal Niat
“Apakah niat anda dan bagaimana
anda raikan untuk diri serta ummah sejagat?”
Agenda kejayaan bermula pada soal niat kita. Jika faham niat itu, lagi ghairah untuk
menggalas amanah sebelum mewarnai lensa sang penulis. Apakah metafora yang kita
mahukan?
Adakah anda seorang seperti berikut:
- Penulis tegar buku kontemporari.
- Pakar penulisan bisnes Islami.
- Jutawan
ayat riwayat.
Tip 2 – Belajar Meraikan Orang Lain
“Jangan tengok siapa yang
bercakap tetapi ambil apa yang dikatakan asalkan baik-baik sahaja.”
Sikap menyangka diri lebih suci dari orang lain adalah pantang-larang
bergelar penulis. Kita seharusnya meraikan
semua insan melainkan bermusuh dengan iblis dan syaitan. Hari ini terlalu banyak terapi soal hati
untuk diperbaiki dan diaplikasi. Bisik
pada diri, pilihan mana yang kita inginkan.
Mari kita mulakan dengan mathurat setiap hari.
Tip 3 – Tulis Buku
“Tanpa mentor, impian
menjadi penulis buku syok sendiri selama-lamanya.”
Harga diri penulis terletak pada isi bukunya. Penulis yang tidak
ada bahan mentah yang tepat atau diragui sumbernya sukar untuk menjawab amanah
kepada ‘Hak Cipta Mutlak’ kelak. Benar, buku juga boleh dijadikan satu sumber
duit yang lumayan namun jika piawaiannya menepati syarak itu lebih evergreen dari
segala isi dunia.
Tenat! Serius! Seronok?
Alhamdulillah, sangat bersyukur kerana anugerah yang tidak pernah
terfikir sampai ke lensa begini.
Meskipun baru bermula dan diakui masih hijau, namun seronoknya tidak dapat
dinukilkan melainkan syukur dan bertuah dipilih-Nya.
Semoga 2 hari ajaib itu menjadi pemangkin untuk mulakan meditasi
homework dan mulai bertindak sekarang!
Pengalaman diri, Allah Taala itu memberikan apa yang kita perlu
dan bukan apa yang kita mahu.
Semoga Dia memberkati usaha mentor kami yang super dan magis itu.
Perintis Penulis Islami – Qalam Ardini
Hak Cipta Terpelihara Qalam Ardini 2013
No comments:
Post a Comment