LOGO, ADA APA DENGAN ILMU
Alhamdulillah, syukur kerana penjenamaan telah berjaya dihasilkan oleh seorang pakar yang unik lagi kreatif. Bakat beliau telah dibuktikan dengan hasil yang begitu marvellous! Tahniah dan terima kasih ukhwah fillah kerana kesabaran beliau dengan kerenah saya. Saya amat hargai usaha dan komited beliau meskipun ianya baru diterokai. Benar, kesungguhan beliau tidak sia-sia. Kami sekeluarga mendoakan agar beliau sembuh dan mudah-mudahan penciptaan logo ini akan menjadi perintis untuk masa akan datang, in syaa Allah.
Hari ini rasa bertuah dan amat bersyukur. Mendapat suntikan semangat setelah membaca petua bisnes orang cina (bestseller author) dan sedikit tentang buat duit dari rumah. Kuasa minda sangat bermagnet jika kita yakin dengannya. Oleh itu, bina aura minda yang hasanah untuk mencapai impian itu. Moga saya mendapat manfaat dan berjaya melestarikan apa yang saya faham menerusi bacaan tersebut, amen.
No comments:
Post a Comment