Alhamdulillah, syukur kerana telah menyiapkan artikel istimewa buat majalah islamik no 1 Malaysia. Akur dengan sokongan hubby, hanya menanti nukilan positif agar tidak berasa syok sendiri. Ayuh! Usah bertangguh lagi.
Kisah berikutnya adalah menyiapkan nukilan qalbu istimewa buat menguji sejauh mana kefahaman dan pengalaman dijiwai sebelum ini. Masih tercari-cari genre tersendiri untuk mencipta keunikan dan keajaiban seiring dengan mode islamik semestinya.
Pembacaan, kajian dan ilham terbaik akan menatijahkan hasil yang menjadi kepuasan di samping keluarga tersayang. Yaa Rab, Kau kurniakanlah ilham itu buat hamba-Mu yang sangat memerlukan bimbingan dan kekuatan dari-Mu jua. Janganlah Engkau membiarkan aku leka dengan amanah-Mu yang eksklusif ini. Bantulah hamba-Mu yang lemah dan daif ini yaa Rabbi yaa karem.
No comments:
Post a Comment