Wednesday, 27 February 2013

GAYA IDEAL
FESYEN STAILISTA vs FESYEN MUSLIMAH

Salam Mahabbah,

Apa trend terkini kita?  Adakah kerana fesyen semata-mata atau fesyen tepat lagi memikat?  Memang sukar untuk menetapkan hati memilih pakaian terkini.  Benar, segelintir pereka menjual produk di sebalik iklan pakaian muslimah.  Apapun, kuasa pilihan tetap di tangan kita.  Kerana Iman, pilihan Imanlah yang menyelamatkan kita dari menjadi mangsa fesyen.

Meskipun kita dilambakkan dengan pelbagai fesyen dan gaya kontemporari, selagi ianya tidak ketat, tidak jarang dan tidak melampau, maka selamat sejahteralah diri kita.  Mutiara itu sangat mahal dan bernilai, begitulah dengan harga diri seorang wanita.

Berdoalah dan berusaha bersungguh-sungguh agar memelihara maruah diri.  Keistimewaan dan keutamaan memelihara aurat adalah identiti ideal wanita solehah dan mukmin sejati.  Islam menjadi indah dan mudah jika agama di hayati dan difahami dengan tepat.

Selamat menjaga aurat khusus buat diri yang hina dina ini!



No comments: