AMAL SYOK SENDIRI
Pada suatu hari datang seorang pemuda Arab yang bergaya, berkulit cerah, kacak dan bersuara merdu. Beliau menemui bilal dan meminta supaya tugas berazan diberikan kepadanya. Dia mendakwa bahawa dia lebih layak kerana memiliki warna kulit yang cerah, paras muka yang menarik dan bersuara merdu. Jauh lebih baik dari Bilal yang kulitnya berwarna hitam, tidak mahu memberi kebenaran kepada orang Arab yang kacak ini. Katanya; "Aku dilantik Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tugas azan ini. Kalau tuan berhajat pergilah meminta kebenaran dari Rasulullah s.a.w."
Maka pemuda Arab itupun pergi menemui Rasulullah s.a.w. menerangkan hajatnya. Rasulullah pun memberi kebenaran kepadanya untuk berazan. Waktu itu sudah hampir masuk waktu Asar dan pemuda Arab berkulit putih itu tadi segera melaungkan azan. Suaranya memang merdu, bahkan masing-masing terpegun mendengarnya. Sebaik selesai solat Asar berjemaah, turun malaikat Jibrail menemui Rasulullah s.a.w. lalu bertanya kenapa tiada orang azan waktu Asar tadi. Maka Nabi s.a.w. pun menjelaskan yang azan itu dilakukan oleh seorang pemuda Arab yang baru meminta izin dariNya. Jibrail memberitahu dia dan para malaikat lain tidak mendengarnya.
Anekdot : Astaghfirullahal'azimmm...! Jom bisik pada diri, bagaimana nak pastikan kita tidak meniru amal syok sendiri yang memalukan ini.
No comments:
Post a Comment