Sedang mencari ilham untuk menghasilkan hobi luar biasa. Lambat tidak bererti putus asa tetapi kalau sudah tepu, mesti cepat-cepat mencari penawarnya. Peluang hanya datang sekali dan jangan dilepaskan begitu sahaja. Semoga mentor, guru dan orang yang ikhlas membantu sentiasa doakan yang terbaik untuk semua yang mencari redha-Nya dan rahmat-Nya.
Bercinta dengan kolumnis telah memberikan inspirasi untuk menceburkan diri dalam arena seangkatan dengan mereka. Hobi yang kini menjadi serius dan komited telah menukilkan beberapa naskah eksklusif sedang dalam pakej pertimbangan. Keperluan untuk belajar dengan pakar masih dalam pengamatan yang menyeluruh kerana khuatir dengan hasilnya kelak. Semoga aura yang bahagia membahagiakan sentiasa menjadi wangian di baity jannati.
No comments:
Post a Comment