Tuesday, 5 March 2013

SYUKUR DAN AMANAH

Salam Mahabbah,

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasul s.a.w. dan semua yang mengikut manhaj hingga hujung nyawa.  Berbanyak syukur kerana baby Danial selamat dan sihat memasuki usia 1 tahun pada hari ini.  Manisnya saat-saat melahirkan Danial telah membuat umi bahagia kerana dikurniakan penyejuk mata kesayangan bersama insan yang amat dicintai.

Detik manis itu telah memberi inspirasi agar terus sabar, tabah dan positif untuk menyusu badan sehingga berusia 2 tahun genap in syaa Allah.  Kehadiran Pengikat Qaseh Danial kini telah menceriakan hari-hari kami sekeluarga agar istiqomah dalam apa jua bidang yang diceburi.

Gelak tawa, suka duka dan semua aksi Danial sentiasa menjadi hiburan syarie kami seisi keluarga.  Umi sentiasa doakan Danial menjadi idol kerana berjiwa Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah. Semoga Allah Taala dan Rasul s.a.w. menjadi pembela Danial dunia akhirat bagi melestarikan seruan Ilahi.

Wahai mutiara hatiku Danish, Darwisy dan Danial, umiabi amat bertuah dan bangga kerana memilikimu yang teramat memahami dan menyayangi tanpa syarat.  Jadilah kebanggaan Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w. dan seluruh makhlukNya.  Teruskan menuntut ilmu dan istiqomah beramal sebagai teman sepanjang hayatmu.

Bagi umiabi, tiada apa yang merisaukan melainkan sentiasa dirahmati, diredhai, dikasihi dan dipelihara iman serta diberi kekuatan beramal soleh menuju syurga abadi bersama-sama.

Istimewa buat Pengikat Qaseh Danial, salam mahabbah wa rohmah hari lahir yang pertama.  Teruskan penyusuan, ye sayang... :) 

"Umiabi ingat, kami semua adalah amanah yang bakal dipersoalkan kelak."


No comments: