“Zarith, esok pakai
lawa nak sambut ketua baru.”
“Hehem,
apa selama ni Zarith pakai tak lawalah?”
“Bukan macam tu. Lebih
lawa jika ianya disertai dengan senyuman.”
“Bab
tu, Zarith tak janji. Kalau berlagak, jangan harap Zarith nak bagi muka.”
Pagi ini, emosi Qabsah bercampur-baur. Dia cuba
beristighfar dan berselawat. Pertemuan pertama itu disambut dengan mesyuarat
tertutup.
Jam menunjukkan hampir
9:00 pagi. Namun, kelibat Zarith belum kelihatan lagi. Qabsah mengeluarkan
telefon pintarnya. Tiba-tiba, Whatsapp diterima.
“Datanglah cepat ke bilik Mesyuarat Bukhari.”
“Ok.
Qabsah datang sekarang.”
“Bilik dah makin penuh
ni. Zarith ada di sebelah kanan, berhampiran papan buletin.”
“Qabsah
silap baca emel ke? Bukankah ianya ditunda lewat sejam? Atau, setiausaha telah
mengirim emel kemas kini.”
“Cik Qabsah, baca emel
ke tak?”
“Tentulah baca. Kenapa ramai ni? Ada perubahan ke?”
“Tak baca whatsapp ke?
Saat-saat akhir, ada perubahan.”
“Mengumumkan
ketibaan YM Tengku Miqdam Tengku Ahmad, Pengerusi Biro Pembangunan Masjid yang
baru. Dipersilakan.”
“Assalamua’alaikum
semua. Terima kasih atas kehadiran Tuan-tuan dan Cikpuan sekalian. Oleh kerana
ini hari pertama saya di alumni ini, saya perlukan sokongan semua. Buat masa
ini, saya hanya ingin memberikan taklimat ringkas, hala tuju kita agar kita
dapat berperanan demi kebaikan bersama.”
Spa
Hati
Bagi orang yang beriman dengan hari Akhirat, dia akan
cuba menyibukkan diri untuk mencipta manfaat. Seboleh-bolehnya, berlumba-lumba
membuat amar makruf nahi mungkar. Semua yang datang kepadanya, adalah terbaik
tanpa syak wasangka.
Ilmu itu cahaya, jahil itu bahaya. Carilah ilmu dengan
membaca, mendengar atau menghadiri majlis-majlis ilmu. Cubalah bersahabat
dengan orang yang soleh dan solehah.
Sabar dan solat bagai isi dan kuku. Cubalah perbaiki
dengan menghadiri seminar atau bengkel solat. Kemungkinan, solat kita sama
sewaktu di tadika, sekolah dan era universiti atau kolej. Baiki dan gilap agar
mendapat kusyuk ketika solat fardu.
Tingkatkan sedekah jariah dan selawat. Ringankan mulut
dan tangan untuk memberi dalam apa jua bentuk seperti wang, masa, tenaga,
senyum, buah fikiran, makanan atau minuman. Banyakkan selawat terutamanya pada
setiap hari Jumaat.
Fitrah manusia tidak lari dari membuat silap. Oleh itu,
selain menjaga ibadah fardu dan menambah amal soleh dengan ibadah sunat secara
istiqamah, buatlah solat sunat taubat. Sesungguhnya, pengampunan Allah itu
lebih luas dari kemurkaan-Nya. Pastikan kita komited untuk taat dengan segala
perintah-Nya. Malah komited menjauhi segala larangan-Nya.
Islam itu asasnya adalah tauhid, prinsipnya syariah dan
hasilnya ialah akhlak. Ketiga-tiga elemen ini perlu seiring dan dijadikan gaya
hidup dalam semua ruang lingkup. Meskipun ianya bukan mudah, namun ianya perlu
ditempa.
“Barang siapa yang mengerjakan amal
soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan
Kami berikan ‘hayyatan toyyibah’ dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada
mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.”
[Terjemahan
an-Nahl ayat 97]
Apa
jua situasi yang memerlukan kebaikan, pasti berbalas dengan kenikmatan. Itulah
kemanisan iman. Jika kita berjaya mendamaikan saudara sesama Islam, biarlah
ianya ikhlas hanya kerana Allah. Mudah-mudahan, ianya menjadi asbab meraih
cinta Allah dan kasih Rasulullah s.a.w., pastinya.
“Sesungguhnya dalam diri anak Adam
itu ada seketul daging. Jika ianya baik, maka baiklah seluruh tubuh badan. Jika
ianya rosak, maka rosak binasalah seluruh tubuh badan. Ketahuilah bahawa
seketul daging itu ialah hati.”
[Terjemahan
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.

No comments:
Post a Comment