“Zarfan
fikir, sudah sampai masanya kita bertindak segera.”
“Alhamdulillah. Idea kita telah lulus.”
“Alhamdulillah. Idea kita telah lulus.”
“Ini
suatu amanah dan ihsan kita bersama.”
“Ezra tidak nampak
ianya mustahil.”
“Nabi
s.a.w. telah menjadikan masjid sebagai medium melahirkan ummah cemerlang.”
“Setuju. Masjid adalah
pusat ibadah, sahsiah, pendidikan, ekonomi, pentadbiran, sosial, budaya dan
sumber manusiawi.”
“Zarfan sudah
siapkan kertas kerja terperinci.”
“Bagaimana kita
bermula?”
“Fokus kita adalah kepada kanak-kanak dan remaja.”
“Baik. Kita gilap dan
programkan spesifik untuk 2 sasaran itu.”
“Kita
adakan program mencari bintang 3 kali setahun.”
“Betul. Kita adakan
sewaktu awal, pertengahan dan akhir tahun cuti sekolah.”
“Isi kandungan wajib ada silibus akidah dan adab. Ada
elemen intelek, rohani dan jasmani.”
“Kita sinergikan
semuanya agar interaktif dan santai.”
“Penekanan adalah soal akidah dan adab masa kini.”
“Syabab Sepenuh Masa.
Bermula umur 9 hingga 18 tahun.”
“Dari program itu, kita mahu cari pelapis dan ikon syabab
sepenuh masa.”
“Menarik. Ianya jadi
pemangkin kepada pemenang dan motivasi kepada para peserta.”
“Masya-Allah. Kita kenal pasti potensi anak-anak. Gilap
untuk melahirkan syabab Rabbani.”
“Para juri adalah
mereka yang profesional dalam pelbagai industri.”
“Kita bakal melahirkan pelapis seperti imam, bilal, dai’,
pemimpin, sukarelawan, akauntan, pereka grafik, juru gambar, usahawan atau
kepakaran berkaitan sebagai fardu kifayah.”
“Setuju. Dana bukanlah
isu kerana kita ada bajet.”
“Insya-Allah, dana yang sedia ada sudah cukup.”
“Kita masih boleh
raikan para dermawan yang mahu menjadikan medium ini sebagai amal jariah
mereka.”
“Buat masa ini, penyertaan di buka untuk kariah sini.”
“Jika ada dari luar,
bagaimana?”
“Sebaik-baiknya, kita utamakan kariah sini kerana para
peserta tidak bermalam.”
“Betul. Bimbang akan
mengganggu kelancaran program yang padat.”
“Faktor disiplin, penglibatan, jawatan dan profil diri
para peserta akan diambil kira.”
“Ini semua berkaitan
dengan pembinaan sahsiah.”
“Ya. Adalah satu bonus kepada para peserta yang cemerlang
di sekolah masing-masing.”
“Ini pun suatu penanda
aras untuk pemudah cara.”
“Dari
situ kita adakan beberapa sesi ujian demi ujian demi ujian.”
“Kita mahu saring
sistematik demi mencapai objektif asal.”
“Ini seperti kerja konsultan di peringkat korporat.”
“Mungkin. Tidak salah
kita implementasi mengikut kesesuaian masjid.”
“Umpamanya kita sudah ada bahan mentah seperti nasi.”
“Terpulang kita mahu
masak nasi apa dan inovasikannya.”
“Tanpa mengetepikan asas-asas syariah semestinya.”
“Mengambil ibrah dari
kisah Nabi s.a.w. berdakwah.”
“Setuju. Nabi s.a.w. menekankan silibus akidah dan adab.”
“Sedikit sahaja
berkaitan syariah. Kita perkasakan rukun iman dan adab syabab Rabbani.”
“Baik.
Mari kita semak profil para pelajar yang pernah masjid nobatkan cemerlang.”
“Data anak-anak UPKK,
UPSRA, UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM.”
“Bagaimana dengan fasilitator?”
“Kita raikan para
sukarelawan kariah masjid kita.”
“Ada syarat tertentukah?”
“Buat permulaan,
terbuka sama ada solat atau tidak.”
“Tiba
masanya kita bantu membantu baiki dan sempurnakan solat berjemaah.”
“Baik. Ini juga tugas
dahwah.”
“Amar
makruf nahi mungkar ini luas konsepnya.”
“Para sukarelawan juga
ada modul khusus yang Zarfan sediakan.”
“Kita
dorong mendorong menjadi Muslim Sepenuh Masa.”
“Mari kita mulakan
sekarang.”
“Bismillah.”
Cinta
Allah, Hayati Sunnah
Nabi
s.a.w. adalah sumber inspirasi ummah. Banyak dalil yang para ulamak karang yang
boleh kita jadikan rujukan. Sejarah telah tercatit bahawa masjid telah
melahirkan para ummah cemerlang dunia dan akhirat.
Zarfan,
Ezra dan semua pihak yang terlibat secara rasmi atau tidak rasmi bekerjasama
mengikut kemampuan seadanya. Masing-masing mengetepikan habuan fana’ demi jihad
yang kerap diulang-ulang Allah dan Nabi s.a.w.
Modul
latihan dan kemahiran bakal dibangunkan berasaskan unsur-unsur berikut:-
+
Tauhid kepada Allah.
+
Cinta Allah dan Rasul.
+
Cinta Akhirat.
+
Menghayati Amalan Sunnah.
+
Tokoh Dai’.
+
Tokoh Ilmuan Terulung.
+
Ukhuwah dan Kasih Sayang.
+
Akhlak Mulia.
+
Amanah dan Kuat Bekerja.
Amar
makruf nahi mungkar menerusi masjid adalah medium terbaik bagi melahirkan insan
Rabbani. Ianya bukan mustahil jika kita mahu, faham dan hayati bersama.
Beberapa buah masjid seperti As-Salam Puchong Perdana Selangor, Masjid al-Falah
USJ9 Subang Jaya dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Inilah antara
contoh masjid yang telah mengimarahkan fungsinya secara optimum.
Kita masih ada peluang mencipta saham akhirat kekal
menerusi kaedah ini. Moga usaha kecil ini dinilai besar disisi Allah. Cinta
Allah, hayati sunnah Rasulullah s.a.w.
“Maka hendaklah mereka bertaqwa
kepada Allah dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang benar.”
[Terjemahan
an-Nisa’ ayat 9]
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.

No comments:
Post a Comment