"Pernah tengok
filem Hijrah Pendosa?"
"Tengok
di sebalik tabir. Kenapa ya?"
"Percaya tak,
skrip tu idea Suhail dan tim."
"Bukankah
filem Hijrah Pendosa dapat sambutan?"
"Kecewa dengan
diri sendiri. Itu sahaja."
"Apa
maksudnya?"
"Suhail hantar
skrip kepada sebuah produksi. Tiada jawapan."
"Kemudian,
apa yang terjadi?"
"Tiba-tiba salah
seorang tim terperanjat filem Hijrah Pendosa sudah ditayangkan di
pawagam."
"Astaghfirullah.
Suhail pastikah?"
"Suhail sanggup
buat kajian di hospital bagi mendalami realiti sebenar sebelum tulis
skrip."
"Menjiwai
betul. Itu suatu teknik mencetus idea. Bagus!"
"Ikutkan sudah
banyak Suhail hantar skrip tanpa mengetahui statusnya."
"Hantar
proposal ke skrip?"
"Proposal atau
skrip bukan isunya. Ada pendek ada panjang. Idea yang sudah berkali-kali Suhail
hantar. Semua tiada maklum balas."
"Setahu
kami, itu harta intelek. Mustahil produksi tidak faham soal itu."
"Bukan sedikit,
ramai produksi yang tersohor kami hantar semuanya mengecewakan."
"Hairan betul.
Soal halal haram, buat main-main.”
"Entah
mana silapnya."
"Lagi dahsyat,
buat tak kisah dengan penulis skrip yang baru membina nama."
"Suhail
tidak bincang dengan produksikah?"
"Yang Suhail tahu,
idea mencurah-curah. Kami buatlah skrip bersama. Siap kami hantar."
"Bukan
semua produksi begitu."
"Setahu kami,
mereka adalah nama besar dalam industri. Tolonglah."
"Ada
bincang semula?"
"Mahu bincang apa,
majoriti skrip kami sudah main di layar skrin? "
"Cubalah
bincang. Terlepas pandang barangkali."
"Kami sudah serik.
Sekarang kami fokus bisnes sendiri."
"Mengapa
tidak rujuk dengan pihak yang lebih arif?"
"Industri ni sudah
berapa lama? Belum matang lagikah soal halal haram?"
"Ada
logiknya. Belum jumpa insan yang mahu kongsikan rantaian industri ini secara
telus agaknya."
"Ada perkara yang
hanya guna common sense. Tidak
semestinya belajar secara formal."
"Itu
satu hal. Jika ada peluang begitu, itu satu rezeki."
"Isunya, pemurnian
akidah terhadap semua rantaian terlibat. Ianya perlu diperkasakan."
"13
tahun Nabi s.a.w. dakwah isu tauhid, iman, dosa, pahala, adab dan sedikit isu
syariat."
"Allahuakbar! Mahu
patuh syariah, perlu tanamkan isu akidah dan adab dahulu."
"Apa
tidaknya, cukuplah Suhail dan tim jadi mangsa. Asalkan sahabat seakidah
selamat."
"Ini isu pokok
yang wajib kita perkasa segera."
"Modul
Nabi s.a.w. tidak pernah menghampakan."
"Setuju! Tinggal
lagi bagaimana kita mahu terjemahkan dalam industri ini untuk manfaat
sejagat."
"Siapakah
individu yang berada di rantaian industri begini Suhail?"
"Suhail dan tim
perlu ada produksi baru tulis skripkah?"
"Perlu
rangkaian rakan niaga."
"Suhail dan tim
belum cuba pula jumpa pihak stesyen tv."
"Inilah
yang kita sedih. Jika ada rujukan seperti al-Quran dan hadith, tentu Suhail dan
tim bermotivasi."
"Ini soal iman.
Bila iman menjadi tujuan, pasti Allah bagi jalan."
"Jihad
untuk kita yang meyakini akan pertemuan dengan janji-janji Maha Benar."
HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 @ QALAM ARDINI.

No comments:
Post a Comment